LUCU YA...

Lucu ya-Duit RM50 kelihatan beitu besar bila dibawah ke kotak masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya-45 minit terasa lama untuk berzikir,
tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Lucu ya-Betapa lama 2 jam berada di masjid,
tapi begitu cepatnya 2 jam berlalu saat menonton Konsert Akademik Fantasia.

Lucu ya-Sungguh susah merungkai kata untuk dipanjatkan berdoa atau solat,
tetapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

Lucu ya-Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu melihat Mawi,
tetapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya-Susah sangat baca Al-Quran satu jam sahaja,
tapi majalah hiburan dan novel cintan-cintun 500 halaman pun habis dilahap.

Lucu ya-Orang berebut-rebut paling depan untuk menonton Konsert Mawi,
tetapi berebut saf paling belakang bila sembayang Jumaat supaya boleh keluar cepat.

Lucu ya-Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tetapi mudah orangmenyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya-kita begitu percaya pada apa yang diperkatakan sebagai e-mail layang di internet,
tapi sering menolak mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran.

Lucu ya-Semua orang mahu masuk syurga,
tanpa harus beriman,berfikir,berbicara atau melakukan apa-apa.

Lucu ya-Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui satu e-mail,
tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seringkaliberfikir dua tiga kali.

JANGALAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KELUCUAN TERSEBUT!!!

~ Renung2kan dan fikir2kan...
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com