UjianMu Sentiasa Untukku ^_^

Assalamualaikum.

ALLAH Maha Tahu disebalik kejadian kan? Begitu jugak dengan keadaan Sa sekarang. Semalam buat keputusan untuk ke HKL setelah hampir sakit sendi n demam malam. Pada mulanya doktor suspek denggi tapi selepas ujian darah, doktor minta Sa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut. Salah satu sebab, kekurangan sel darah merah atau dikatakan anemia.

Sebenarnya, Sa memang sudah lama tahu tentang tuh tapi kali nih kata-kata dari doktor agak merisaukan. Berkemungkinan kearah buruk jika tidak dirawat. Ditambah lagi dengan keadaan diri Sa yang sememangnya lemah. Masalah usus dan jantung. 

Sa cuba mintak MC untuk kelas semalam. Doktor tak bagi sebab Sa perlu ditahan wad dan doktor akan keluarkan surat pengesahan sekiranya Sa masuk wad. Dalam hati hanya ALLAH sahaja Maha Tahu apa yang dirasa. Berkali2 bodek tak berjaya jugak. Sa buat keputusan untuk lari sahaja. Tapi alhamdulillah kebetulan sebelum tuh doktor sudah siap tulis senarai nama ubat Sa terus pergi ke farmasi tapi perlukan pengesahan pakar untuk luluskan ubat. Padah degil!

Tak lama kemudian, pakar luluskan. mungkin dia mengerti gelora jiwa ini. Huhu.. Assignment sangat banyak.. Projek perlu disiapkan. Khamis presentation. Macam2 yang mengganggu. Lagi2 jauh dari Mak ayah. Risau jika menyusahkan kawan2. Alhamdulillah, lepas untuk dapatkan ubat. Moga Sa tak silap langkah.


Hajat doa dari semua. Sa pun doakan kemudahan dalam urusan hidup kalian..^_^

Rehlah Wardah Ukhti NasyidFM

Assalamualaikum buat semua. 
Di sini cuma mahu kongsikan tentang program terbaru NasyidFM yang dianjurkan oleh Ukhti NasyidFM buat julung kalinya. Program ini diberi nama Rehlah Wardah Ukhti NasyidFM. Rehlah ini juga adalah untuk memperkenalkan Ukhti NasyidFM disamping mengeratkan silaturahim antara ahli dan para pendengar NasyidFM.

Antara aktiviti yang di adakan ialah 'Aku, Kamu Berbeza?', ' Sama Tapi Tak Serupa', 'Clean & Clear' dan 'Berhati-hati Dengan Hati'. Sangat banyak perkongsian dan ilmu yang diperoleh. Tak mampu untuk berkongsi panjang lebar.. Kesuntukan masa dan agak tak sihat. Di bawah ada gambar untuk perkongsian. ^_^


Rehlah Wardah Ukhti NasyidFM


Khusyuk...


Sesi perbincangan...


Mendengar n memerhati itu lg baek :P


Terima kasih pada yang menghadiahkan.
Saya dapat hand cover.
Tak pernah pakai tp terima kasih. Akan pakai!^_^


Kami..

~ Bila duk dalam program nih, terasa rindu pada Abg2, kakak2 n sahabat2 KTI. Rindu saat bersama =.=

Hanya padaMu



Ya ALLAH,
Gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian
Di tempat kedukaan  dengan kegembiraan
Dan
Di Tempat ketakutan dengan keamanan...
Hanya padaMu hamba berserah...
Hanya padaMu...

Berakhir Semester 2

Assalamualaikum...
Hari nih, 02/09/12.. berakhirlah semester dua Sa. Semua perasaan ada. Bercampur baur. hepi+risau. Hepi sebab lapang dada.. Tak payah fikirkan nak exam tapi terfikir2 natijah yang bakal Sa dapat. Moga ALLAH permudahkan segalanya.^_^


Bersama Shafiq, Hafiz, Aida n Fina


Farah pun ada!

Ini semua rakan sekelas Sa. Kelas Element Of Graphic Design. Sa dah buat transfer kredit. Doakan Sa dapat habiskan belajar dalam 2 tahun setengah. Ameen.:D

ONLY HIM


HE guide me...
He is always watching every step that i take.
Even a lot of tears that have been coming out from my eyes...
Only HE knows about that. Only HIM...
I believe that HE always listen to me...
Listen to what my heart says...
Only at HIM..:')


 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA