Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera kepada RAMians,

Kami di RAMFC ingin mewar-warkan tentang Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009 yang telah mencalonkan novel HIJAB SANG PENCINTA, iaitu salah satu novel Ramlee Awang Murshid dari trilogi Bagaikan Puteri tercalon dalam Kategori Fiksyen.

Anugerah ini diadakan secara tahunan dan tahun lepas anugerah ini adalah milik novelis Alaf21 Anis Ayuni.

Untuk menunjukkan tanda sokongan kepada RAMLEE AWANG MURSHID, kami di RAMFC memastikan bahawa tahun ini anugerah ini menjadi milik novelis kegemaran saudara RAM, maka sokongan semua iaitu ahli-ahli yang berdaftar dengan Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) adalah sangat diharapkan.
A.
Caranya mudah sahaja dengan mendapatkan borang undian dalam suratkhabar Berita Harian, Edisi Jumaat, Bahagian Sastera pada 19 Jun 2009. Iaitu yang jatuh pada hari ini!

Jadi kami menharapkan semua RAMians mendapatkan suratkhabar Berita Harian hari ini dan mengisi borang undian disediakan dan dipos kepada alamat diberikan di dalam borang tersebit. Dengan mengisi borang ini juga anda adalah secara automatik menyertai pertandingan disediakan dengan hadiah yang juga lumayan. Dapatkan borang undian hari ini!

Terdapat juga maklumat yang belum disahkan lagi, bahawa borang juga boleh didapati di Kedai Buku Popular yang menjadi penaja utama peraduan ini(kami akan sahkan lagi mengenai perkara ini). Tarikh akhir untuk menhantar borang adalah pada 15 Julai 2009.

Anugerah ini ada bersempena dengan Bookfest@Malaysia yang akan berlangsung pada 22 hingga 31 Ogos 2009.

JANGAN LUPA DAPATKAN BERITA HARIAN HARI INI!

Sekian dari Moderator RAMFC.

~ nie aku copy dari email aku ~


 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com