Pesanan dari Abg Ab

Kat cni aku nak kongsikan email yg Abg Ab bg kt aku td...

HUBUNGAN SEORANG MUSLIM DGN AKALNYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kakak.

Sesungguhnya keyakinan kita adalah bahawa, menuntut ilmu itu adalah sebagai satu kewajipan.Kita merasai kewajipan ini bukan berdasarkan kepada keperluan tetapi adalah berdasarkan kepada aqidah.Aqidah yang mewajibkan kita menuntut ilmu kerana sabda Rasulullah SAW: " Menuntut ilmu adalah fardhu(wajib) ke atas setiap muslim." . Riwayat Ibn Majah r.a. Kewajipan ini termasuk juga kepada muslimah.

Sesungguhnya seseorang wajib menjaga akalnya iaitu dengan ilmu(makrifah).Dia mesti menuntut sentiasa ilmu walaupun umurnya sudah tua sehingga walau hampir kepada kematian sekali pun dia tetap menuntut ilmu.Dia tidak berhenti selagi nafasnya masih berdenyut.

Orang yang berilmu inilah yang benar takut kepada Allah SWT.Tapi dengan ilmu yang betul.Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah adalah orang-orang yang alim." (Fathir:28). Maknanya tidak ada orang yang lain ,hanya orang yang takutkan Allah SWT adalah orag yang alim.Orang yang takut kepada Allah SWT, fikiran mereka bercahaya. Bercahaya dengan iman.Melalui ilmu, dia nampak kekuasaan Allah SWT di dalam semua makhluk-Nya dan di dalam semua kehidupan.Inilah dia ulamak .Dia mengetahui nilai.

Tapi sekarang ini,ada orang yang berilmu ,guna segala nikmat Allah SWT tapi dia tidak beriman kepada Allah SWT serta dia angkuh kepada-Nya.Dia tidak nampak kebesaran Allah SWT dan kekuasaan-Nya.Dia guna oksigen, tapi megah dengan dirinya sendiri.Seperti yang berlaku sekarang, Amerika dan negara-negara besar.Kerana keangkuhan mereka,mereka tidak merasai kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 

OWNER

My photo
HambaNya yang sentiasa mahukan perubahan dalam hidup. Bakal penghuni kubur. Moga hidup ini memberi erti.
Powered by Blogger.

Blog Archive

MARI MENJADI HAMBA

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com