KARNIVAL & KONSERT ANA 4 GAZA

Salam ukhuwah dan salam rindu buat semua.^_^

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd bersama Rabbani Productions akan menganjurkan sebuah Karnival Ana 4 Gaza yang akan diadakan pada :

Tarikh : 29 – 31 Julai 2011

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Stadium Kajang

Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Booth jualan juga akan dibuka pada karnival ini. Istimewanya karnival ini, akan diadakan sebuah konsert iaitu KONSERT ANA FOR GAZA pada hari Sabtu30 Julai 2011 bermula jam 8.30 malam.MASUK ADALAH PERCUMA!! Konsert ini bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air, antaranya ialah Aishah, kumpulan nasyid Rabbani, Inteam, Nowseeheart dan Saujana. Turut diserikan dengan kehadiran penceramah kesayangan ramai,Dato’ Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Antara pihak yang turut menjayakan karnival ini ialah Haluan Palestin, IMC, Radio IKIM.FM, RTM, Rabbani FC, Majalah ANIS, ASUH,Nasyeed.com dan ramai lagi. Nasyidkini mengajak para pembaca untuk sama-sama memberi sokongan kepada karnival ini. Datanglah beramai-ramai untuk memberi sumbangan dan berhibur sambil beramal di KARNIVAL & KONSERT ANA FOR GAZA.

Jom meriahkan konsert nih!!!

Sumber: Nasyid Kini

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com