Si Tecit ^_^

Salam ceria buat semua. Dah lama Sa xupdate kan. Hihihi. Sa baru masuk sem baru. Xdapat update waktu cuti atas masalah kesihatan.. Banyak yang nak dikongsikan. Insya Allah, akan dikongsi. 7 Jun lepas Sa dapat anak saudara. Alhamdulillah.. Seronok sangat. ALLAH kurniakan Si Tecit ni dalam hidup Sa. Amat menceriakan.


Nur Arissa Humaira.. Nama Si Tecit. Hihihi. Hari Si Tecit lahir Sa dapat tengok lagi. Ada kat kolej. Sibuk nak final exam. Lama juga Si Tecit kena tahan hospital sebab agak tak sihat. Sa balik umah, Si Tecit masih kat hospital. Alhamdulillah, xlama dapat bawa balik. Bila Si Tecit ada kat umah, Sa paling excited sangat. Huhuhu. Seronok.

Sa rasa jatuh cinta ngan Si Tecit. Tuhla.. The feelings of love. Sayang sangat. First time jumpa, I kissed the baby gently and closed my eyes as I inhaled the smell from Heaven. Korang tahu kan bau baby macam mana. Mmg the best perfume dalam dunia la! Huhuhu.


Sepanjang Si Tecit ada kat umah, Sa lah yang selalu bergilir dengan kakak ipar jaga Si Tecit. Hehehee. Kakak ipar kurang sihat kesan operation lahirkan Si Tecit. Sa rasa Si Tecit dekat sangat di hati Sa. Bila menangis malam, Sa buaikan.. Kadang2 dengan kakak ipar pun Si Tecit menangis. Kakak ipar xtau nak buat apa bagi Sa. Selalu orang tegur kalau dengan Sa, Si Tecit mudah diam dan senang tidur. Huhu. Macam ibu la pula. Huhuhu.


Alhamdulilah.. Tahu juga Sa penat lelah jadi seorang ibu. Lagi2 Si Tecit ni kalau menangis xmacam baby lain. Kalo nak menangis xde dah intro.. Meraung terus. Huhu. Kalau kereta, bleh kata gear 4 la. Tekan minyak abis.. Punya lah kuat. Huhuhu. Hobi Si Tecit, duk ala2 meniarap tp bukan atas lantai.. Atas tangan org. Tangan sape lagi kalau bukan tangan Achik Sarah dia nih.. Huhu. Da gaya Superman.

Kalau nak dibuai pula, xnak buaian betul. Nak kena buai atas tangan orang jugak. Budak Tecit. Hihi. Sekarang, rindu sangat Si Tecit. Rindu sangat2.Mcm xlengkaplah pula hidup nih. Dalam sehari mesti nak juga dengar suara Si Tecit menangis. Xsabar nak balik! Huhuhu. Moga Si Tecit sihat2 jek. Moga ALLAH pelihara Si Tecit. Jadi serikandi islam yang ALLAH redha.. Ameen.

Si Tecit nak dibuai tangan...

~ Esok, 10 Julai.. Program Amal Kau Dihatiku 4. Kat Bukit Cerakah, Shah Alam.. Xdapat join. Xdapat jumpa Huda... Sedihnya.. Moga ALLAH permudahkan program.

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com