Salam ukhuwah buat semua. Tiada celoteh yang nak dilembarkan.. Teringin untuk bawa kalian untuk sama2 renung dan hayati setiap bait kata nih. Terutama buat diri nih yang selalu lemah, goyah dengan ujian juga kdg2 gagal menjaga hati.^_^
Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menjaga hatinya..
Meski berlawanan dengan apa yang dia terima dalam kehidupan.
Saat mendapat musibah air matanya menitis..
Tetapi hatinya terilham untuk meyakini,
Bahawa apa yang diberikan ALLAH padanya pasti yang terbaik untuknya..
Fizikalnya mungkin lelah..
Fikirannya mungkin penat..
Tetapi tidak dengan hatinya yang terus yakin
Apabila dia diuji oleh ALLAH itu adalah tandanya
Bahawa ALLAH masih sayang padanya.
Subhanallah..
~ Sama2 kita menjadi hamba yang bersabar n bersyukur..
*Terima kasih buat Kak Cahaya Pemimpin Tertinggi atas lukisan.^_^