Kerana Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

Salam ukhuwah seuntai kasih buat kalian..^_^

" Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam,
maka dia dari kalangan mereka yang beruntung.
Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam,
maka dia dari kalangan yang rugi.
Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam,
maka dia di kalangan orang yang celaka. "
-Mafhum Hadith Rasulullah SAW-

Sama-sama kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam.^_^ Sa doakan kalian, Moga ALLAH berkati setiap langkah. Doakan juga Sa terus kuat dan utuh di jalan Dia yang penuh onak duri nih ye. Hehehehe.

Untuk ubah diri bukan senang. Untuk menjaga diri pun tidak senang. Mengapa? Dan kenapa? Sebab, musuh ketat kita selalu ada bersama. Tak pernah jemu ganggu dan ajak kita ke arah lembah kehancuran. Hehehe. Sa sememangnya merasakan tidak layak untuk bercakap tentang ini. Tapi, Sa hanya mengingkat diri dan kalian yang Sa ingin ke syurga bersama-sama.^_^ Sesuailah dengan kalam ALLAH yang bermaksud,

" Demi Masa.
Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta
saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
[Surah Al-'Asr]

Kebelakangan nih, macam-macam jadi. Semua nih buat Sa terfikir dan berfikir. ALLAH nak uji Sa lagi.. ALLAH nak Sa dekat lagi pada Dia. Jiwa ni pun rasa kosong tanpa pengisian. Rindu nak dengar nasihat Pak cik Rosdi. Rindu nak dengar celoteh bermakna Pak Lah Sudin merangkap KE KTD.. Rindu juga dengan kata-kata semangat Pak cik Hj Hassan.

Sebelum ni, mereka ni lah yang banyak membantu. Dengan perkongsian ilmu dan macam-macam. Mereka juga antara pak cik-pak cik yang faham kenakalan dan kekurangan diri ni. Yang tidak sama dengan yang anak-anak lain dan yang selalu dibandingkan dengan anak-anak yang hebat dari segi penampilan dan ilmu.(Ayat touching la pulak.. Huhu.) Apa pun, Sa tetap menjadi diri Sa. Mengutip kata-kata dalam lagu Menjadi Diriku dari kumpulan EdCoustic,

"Menjadi diriku..
Dengan segala kekurangan..
Menjadi diriku.
Atas kelebihanku.."

Yang pasti, Sa akan terus berusaha lakukan yang terbaik untuk diri Sa. Hihi. Doakan ya! Kerana hari ini lebih bak dari semalam, Sa harus terus melangkah dengan lebih baik dan yakin. Huhu. Sa juga mengharapkan teguran dan sokongan dari kalian untuk terus istiqamah. Sa susah untuk lemah semangat tapi bila lemah semangat, amat susah untuk kembali bangkit.

Ini saja dari Sa. Hehehe. Hajat doa. Moga ALLAH berkati kalian. Moga ALLAH sayang kalian. Moga ALLAH pimpin kalian selalu. Andai kita tidak pernah bertemu, Moga dapat bertemu di syurga. Andai Sa mampu ke syurga, akan Sa bawa kalian bersama.. Mereka yang sentiasa mendoakan keutuhan diri ini. Insya Allah.^_^

1 comments:

Anonymous said...

http://ahmadhasif.com/2011/kenyataan-media-haluan-berkenaan-freedom-flotilla-two-ff2/....

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA