Kisah Donut part 2 ^_^

Salam.. Kembali lagi dengan kisah donut. Huhu. Keesokkan hari, adunan semalam naik dengan cantiknya. Ewahh.. Huhu. Oleh sebab Sa happy sangat.. Sa nak share la resepi donut Sa yang simple n sedap nih..:P Walupun, korg memang hebat daripada Sa.. Ngeh3.


Tengok nih.. Cantik jek.. Huhu.

Naik n kembang dgn cantik..^_^

Terap doh..

Sedia untuk digoreng:P

Goreng2...

Siap digoreng..

Masa untuk dimakan!^_^

Bahan-bahan:

1) 1 kg tepung gandum
2) 1-2 biji telur
3) 1/2 Yeast Mauri-pan
4) 1 cawan mentega(Pelangi:P)
5) 1/2 sudu teh garam
6) 2 sudu makan gula
7) 2 cawan air suam

Cara-cara:

1) Bancuh yeast Mauri-pan dengan sedikit air suam.(Air jangan terlalu panas, dikhuatiri yeast akan mati:P)

2)Masak mentega, gula dia atas dapur dan tambah sedikit air. Masak sehingga mentega cair dan gula separuh cair. Dibiarkan sejuk.

3) Masukkan tepung, telur, bancuhan yeast Mauripan, dan mentega n gula yang dibiarkan sejuk tadi di satukan di dalam 1 bekas.

4) Uli sehingga menjadi doh. (Doh tidak melekat pada tangan)

5) Tutup dengan kain lembab dan dibiarkan sehingga kembang.(Lebih kurang 45 minit ke atas)

6) Doh dibentukkan menjadi donut.
* kalau xde sarang donut, buat macam Sa.. guna cawan utk terap n penutup botol utk lubang tengah.:P

7) Goreng hingga kuning, angkat dan sejukkan.
*Jika tidak mahu makan terus, boleh goreng separuh masak untuk mengelak dari rosak.^_^

8) Kisar 1 cawan gula untuk ditaburkan di atas donut yang sudah siap td.

9) Sedia untuk dihidang. Makan!!!

~ Sedapkan? Hihihi. Minat untuk masak datang balik. Insya Allah akan terus pertingkatkan. Moga ALLAH berkati kalian!^_^

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com