Tamuku.. ^_^

" Masih ku ingat lagi..
Saat dia menjenguk kamar kehidupanku tempoh hari
Dengan membawa buah tangan yang tidak terperi
Yang pasti takkan bisa ku perolehi
Dari tamu-tamuku sebelum ini..
Selamat datang, Tamuku..^_^ "


Andai ini Ramadhan terakhirku,
Izinkan aku melakar sejuta erti buat diri..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua.^_^

Alhamdulillah.. Dah masuk 1 Ramadhan malam nih. Berkesempatan juga terawih di surau Taman Kurnia tadi. Dah lama xmerasai Ramadhan. Alhamdulillah juga.. Malam nih, buat pertama kali Sa solat Terawih penuh. (Kantoi!) Tuhlaa.. Sebelum nih jahil sikit. Ikut hati jek. Malam nih, alhamdulillah kuat dan rasa sangat Ramadhan tuh. Syukur2.

Lepas terawih tadi, Sa hampir kena langgar motosikal. Laju sangat hamba Allah tuh bawa. Dalam taman pun boleh laju. Alhamdulillah xde papa tp amat2 terkejut. Masih trauma dengan peristiwa lepas. ALLAH masih pelihara lagi Sa.Tenkiu, ALLAH.

Hajat doa dari semua yek.. Hari nih agak kurang sihat. ALLAH uji diri nih lagi. Hehehee. Moga ALLAH sayang Sa n syang korang jugak.

Buat Ramadhan, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan... Moga Ramadhan kali nih memberi erti buat diri nih. Moga mampu sampai ke pengakhiran.. Ameen.^_^


Rindu Ramadhan

Salam.. Jom dengar.^_^


RINDU RAMADHAN-DEVOTEES

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan

Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran

Kira Engkau Tahu - Aidil



Aku tak bisa untuk
Menidakkan perasaan yang bergetaran
Melaungkan namaMU
Biarpun yang binasa menanti di depanku

Kira engkau tahu
Apa dihatiku
Yang ingin memilikimu
Mahukah dikau menemani aku
Kira kau tahu

Aku tak bisa untuk
Menepis perasaan yang berdebaran
Mengagungkan diriMu
Biarpun yang sengsara menunggu di depanku

Kira engkau tahu
Apa diniatku
Yang ingin mendampingimu

Sanggupkah dikau
Berbicara lagi
Kira kau tahu

Biar ini jadi rahsia
Kerana ku tak mampu
Terima kenyataan
Kira aku berlalu pergi

............


Jika dulu telah Engkau izinkan
Aku merasai kehangatan kasih manusia
Jika dulu Engkau benarkan
Aku menikmati rindu Hawa kepada Adam
Jika dulu Engkau biarkan
Aku di dalam bahagia yang sementara
Cukuplah wahai Tuhanku..
Kerana di sebalik semua itu
Aku pernah kehilangan cintaMu
Pernah gersang jiwaku
Pernah tandus imanku
Derita itu merobek ketenanganku
Cukuplah wahai Tuhanku..

~ Mengeluh ke apa nih? Apa pun, moga terus kuat n dipelihara.
*Tenkiu buat Kak Cahaya Pemimpin Tertinggi atas lukisannya..^_^

Kisah Donut part 2 ^_^

Salam.. Kembali lagi dengan kisah donut. Huhu. Keesokkan hari, adunan semalam naik dengan cantiknya. Ewahh.. Huhu. Oleh sebab Sa happy sangat.. Sa nak share la resepi donut Sa yang simple n sedap nih..:P Walupun, korg memang hebat daripada Sa.. Ngeh3.


Tengok nih.. Cantik jek.. Huhu.

Naik n kembang dgn cantik..^_^

Terap doh..

Sedia untuk digoreng:P

Goreng2...

Siap digoreng..

Masa untuk dimakan!^_^

Bahan-bahan:

1) 1 kg tepung gandum
2) 1-2 biji telur
3) 1/2 Yeast Mauri-pan
4) 1 cawan mentega(Pelangi:P)
5) 1/2 sudu teh garam
6) 2 sudu makan gula
7) 2 cawan air suam

Cara-cara:

1) Bancuh yeast Mauri-pan dengan sedikit air suam.(Air jangan terlalu panas, dikhuatiri yeast akan mati:P)

2)Masak mentega, gula dia atas dapur dan tambah sedikit air. Masak sehingga mentega cair dan gula separuh cair. Dibiarkan sejuk.

3) Masukkan tepung, telur, bancuhan yeast Mauripan, dan mentega n gula yang dibiarkan sejuk tadi di satukan di dalam 1 bekas.

4) Uli sehingga menjadi doh. (Doh tidak melekat pada tangan)

5) Tutup dengan kain lembab dan dibiarkan sehingga kembang.(Lebih kurang 45 minit ke atas)

6) Doh dibentukkan menjadi donut.
* kalau xde sarang donut, buat macam Sa.. guna cawan utk terap n penutup botol utk lubang tengah.:P

7) Goreng hingga kuning, angkat dan sejukkan.
*Jika tidak mahu makan terus, boleh goreng separuh masak untuk mengelak dari rosak.^_^

8) Kisar 1 cawan gula untuk ditaburkan di atas donut yang sudah siap td.

9) Sedia untuk dihidang. Makan!!!

~ Sedapkan? Hihihi. Minat untuk masak datang balik. Insya Allah akan terus pertingkatkan. Moga ALLAH berkati kalian!^_^

Kisah Donut part 1 ^_^

Salam. Hehehe. Lepas buat jus rambutan 2 hari lepas, tetiba rasa nak makan donut plak. Beritahu kat Firah. Bahan dah ada cuma yeast Mauri-pan jek yang xde. Huhu. Oleh sebab diri nih, xsabar2 ajak Firah beli kedai runcit. ALLAH takdirkan, xde. Tiba2 Sa buat keputusan untuk ke Pasaraya Pantai Timur. Agak terkejut Ana n Pika. Tp oleh sebab diri nih dah xboleh tahan keinginan nak makan donut, Pika n Firah.. ikut ke pasaraya. Alhamdulillah diaorg mengerti.^_^


Cari dalam pasaraya pon xde. Sedihnya.. Keluar dari pasaraya, terus ke kedai runcit depan pasaraya. Alhamdulillah.. ALLAH bantu hambaNya yang kempunan nih.:P Balik terus uli bahan2.


Buat dalam kadar yang sikit jek. Hanya untuk merasa.

Tak sampai separuh bekas...

Tapi sangat seronok sebab berjaya jugak buat adunan. Hihi. Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu esoknya!

Jus Rambutan Anak Ayah..^_^

Salam semua.. Hehehee. Alhamdulillah. Masih di beri kesempatan untuk celoteh lagi. 2 hari lepas, Sa sempat buat jus rambutan. Hihi. Sedap.:P Kebetulan, kawan Sa, Ezzati ada beri 1 kotak rambutan n xluak dimakan. So, untuk elakkan buruk n membazir, Sa buat jus.. Korang semua mesti lagi terer buat jus kan? Konpem punya! Huhu.


Alhamdulillah.. Inilah hasilnya..^_^ Isi air untuk sejuk. Boleh juga blend isi rambutan+ais. Mungkin lagi segar. Nak bagi resepi pon, korang mesti dah tahu. Huhu. Inilah hobi Sa bila duk kat umah. Buah2 semua jadi jus..:P

Sedap juga Sa buat tuh.:P Terima kasih.. Moga ALLAH berkati kalian.:D

Bersabar + Bersyukur

Salam ukhuwah buat semua. Tiada celoteh yang nak dilembarkan.. Teringin untuk bawa kalian untuk sama2 renung dan hayati setiap bait kata nih. Terutama buat diri nih yang selalu lemah, goyah dengan ujian juga kdg2 gagal menjaga hati.^_^

Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menjaga hatinya..
Meski berlawanan dengan apa yang dia terima dalam kehidupan.
Saat mendapat musibah air matanya menitis..
Tetapi hatinya terilham untuk meyakini,
Bahawa apa yang diberikan ALLAH padanya pasti yang terbaik untuknya..
Fizikalnya mungkin lelah..
Fikirannya mungkin penat..
Tetapi tidak dengan hatinya yang terus yakin
Apabila dia diuji oleh ALLAH itu adalah tandanya
Bahawa ALLAH masih sayang padanya.
Subhanallah..

~ Sama2 kita menjadi hamba yang bersabar n bersyukur..
*Terima kasih buat Kak Cahaya Pemimpin Tertinggi atas lukisan.^_^

Sama kongsikan^_^

Salam buat kalian. Sama-sama kita berkongsi dan sama-sama kita renungkan.^_^


Apabila seseorang itu cuba untuk menjatuhkan semangat anda
di saat anda berusaha untuk menjadi seorang Muslim atau Muslimah yang lebih baik,
La Tahzan.. La Tahzan..
Hanya tersenyum dan berkata,
" Alhamdulillah.. Anda adalah ujian yang ALLAH hantar kepada saya.. "

~ Moga hati dan diri ini terus utuh n kuat selalu.

Pesan Buat Diri

Salam buat semua.. ^_^ Hanya ingin berkongsi sedikit.


Pesan pada DIRI,
jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tidak sudi..
Pada insan yang tidak mengerti..
Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
Kerana, sekali kau di lukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..
Pesan lagi pada DIRI,
hati-hatilah dalam memberi HATI..
Kerana ianya hanya untuk insan yang tahu menghargai
betapa tingginya sekeping HATI..

~ Ya ALLAH, peliharalah hati ini..

Indah alam ciptaanNya..

Salam. Hehehee. Syukur, ALLAH masih beri ruang untuk Sa update blog. Masih diberi nyawa untuk bernafas. Tenkiu, ALLAH! Minggu lepas, Sa ikut Ayu dan yg lain jalan2 ke Pantai Sri Tujuh. Raikan diaorg baru abis Final short sem. Alang2 singgah umah lecturer math diaorg. Cik Izzati kat Tumpat. Dan terus ke panta. Huhu. Alhamdulillah. ALLAH beri ruang untuk diri nih rehatan minda n fikiran yg agak berserabut waktu tuh.

Balik tuh, singgah kedai kawan Ezzati. Hihihi. Dapat makan free. Itu yang paling seronok. Huhu. Sangat2 bersyukur sebab ALLAH bagi ruang untuk Sa bersama mereka.


Matahari dah nak jatuh.^_^


Jadi model jap..:P

Kat tasik.

Kat pantai.


Bersama dierorg nih la.. hihi.

Abc... hihihihi.

Hanya berkongsi jek. Moga ALLAH berkati kalian!

JOM!!! ^_^

Salam buat semua. Kat sini, Sa just nak share program yang akan datang. ^_^

KONSERT AMAL UNTUKMU GAZA

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai konsert sila hubungi ditalian Hotline 0133393224 atau email terus kepada untukmugaza@gmail.com

Lagu tema “Ketika Cinta Bertasbih” yang dicipta oleh komposer baru dari Bandung bernama Aden edCOUSTIC (yang telah dipopularkan oleh Melly Goeslaw) juga akan turut menyerikan konsert ini disamping penyanyi AMY Search, Heliza Helmi, Hizbur(Imam Muda) & Azhary Ayi (Juara Pertandingan Lagu & Sketsa Untukmu GAZA).

Sumber: Konsert Amal Untuk Mu GAZA

KONSERT PALESTIN IN OUR HEART VI

Bertemakan “ ONE HEART ONE UMMAH ” , sebuah konsert untuk Palestin akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 July 2011 (Jumaat)

Waktu : 7.00 pm – 12.00 am

Tempat : Open Stage, International Islamic College ( IIC )

Konsert yang diberi nama ‘KONSERT PALESTIN IN OUR HEART IV’ bakal menyaksikan artis-artis nasyid seperti Rabbani, Brothers, Mirwana, Muadz and Friends, The Wayfarers, Frenz, Ust Abd Razak bergabung dan akan menyampaikan lagu-lagu bertema Palestin, perjuangan dan kedamaian. Program ini juga merupakan anjuran bersama NasyidFM Media Network.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya ialah mengutip dana, pameran, cabutan bertuah dan banyak lagi. Oleh itu,dapatkan tiket masuk berharga RM10.00 (public) & RM5.00 (Student). Untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Aisyah : 013 2378539

Zuhdi : 017 5615711

Fatin : 013 2053365

Sebagai tanda sokongan anda, jom beramai-ramai ke Konsert Palestin In Our Heart VI. Mari berhibur sambil beramal dan membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Sumber: Nasyid Kini

PERTANDINGAN PIALA RABBANI

Untuk maklmat lanjut tentang pertandingan nih, boleh rujuk di nasyeed.com juga boleh download borang penyertaan di sana.

Si Tecit ^_^

Salam ceria buat semua. Dah lama Sa xupdate kan. Hihihi. Sa baru masuk sem baru. Xdapat update waktu cuti atas masalah kesihatan.. Banyak yang nak dikongsikan. Insya Allah, akan dikongsi. 7 Jun lepas Sa dapat anak saudara. Alhamdulillah.. Seronok sangat. ALLAH kurniakan Si Tecit ni dalam hidup Sa. Amat menceriakan.


Nur Arissa Humaira.. Nama Si Tecit. Hihihi. Hari Si Tecit lahir Sa dapat tengok lagi. Ada kat kolej. Sibuk nak final exam. Lama juga Si Tecit kena tahan hospital sebab agak tak sihat. Sa balik umah, Si Tecit masih kat hospital. Alhamdulillah, xlama dapat bawa balik. Bila Si Tecit ada kat umah, Sa paling excited sangat. Huhuhu. Seronok.

Sa rasa jatuh cinta ngan Si Tecit. Tuhla.. The feelings of love. Sayang sangat. First time jumpa, I kissed the baby gently and closed my eyes as I inhaled the smell from Heaven. Korang tahu kan bau baby macam mana. Mmg the best perfume dalam dunia la! Huhuhu.


Sepanjang Si Tecit ada kat umah, Sa lah yang selalu bergilir dengan kakak ipar jaga Si Tecit. Hehehee. Kakak ipar kurang sihat kesan operation lahirkan Si Tecit. Sa rasa Si Tecit dekat sangat di hati Sa. Bila menangis malam, Sa buaikan.. Kadang2 dengan kakak ipar pun Si Tecit menangis. Kakak ipar xtau nak buat apa bagi Sa. Selalu orang tegur kalau dengan Sa, Si Tecit mudah diam dan senang tidur. Huhu. Macam ibu la pula. Huhuhu.


Alhamdulilah.. Tahu juga Sa penat lelah jadi seorang ibu. Lagi2 Si Tecit ni kalau menangis xmacam baby lain. Kalo nak menangis xde dah intro.. Meraung terus. Huhu. Kalau kereta, bleh kata gear 4 la. Tekan minyak abis.. Punya lah kuat. Huhuhu. Hobi Si Tecit, duk ala2 meniarap tp bukan atas lantai.. Atas tangan org. Tangan sape lagi kalau bukan tangan Achik Sarah dia nih.. Huhu. Da gaya Superman.

Kalau nak dibuai pula, xnak buaian betul. Nak kena buai atas tangan orang jugak. Budak Tecit. Hihi. Sekarang, rindu sangat Si Tecit. Rindu sangat2.Mcm xlengkaplah pula hidup nih. Dalam sehari mesti nak juga dengar suara Si Tecit menangis. Xsabar nak balik! Huhuhu. Moga Si Tecit sihat2 jek. Moga ALLAH pelihara Si Tecit. Jadi serikandi islam yang ALLAH redha.. Ameen.

Si Tecit nak dibuai tangan...

~ Esok, 10 Julai.. Program Amal Kau Dihatiku 4. Kat Bukit Cerakah, Shah Alam.. Xdapat join. Xdapat jumpa Huda... Sedihnya.. Moga ALLAH permudahkan program.

KARNIVAL & KONSERT ANA 4 GAZA

Salam ukhuwah dan salam rindu buat semua.^_^

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd bersama Rabbani Productions akan menganjurkan sebuah Karnival Ana 4 Gaza yang akan diadakan pada :

Tarikh : 29 – 31 Julai 2011

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Stadium Kajang

Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Booth jualan juga akan dibuka pada karnival ini. Istimewanya karnival ini, akan diadakan sebuah konsert iaitu KONSERT ANA FOR GAZA pada hari Sabtu30 Julai 2011 bermula jam 8.30 malam.MASUK ADALAH PERCUMA!! Konsert ini bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air, antaranya ialah Aishah, kumpulan nasyid Rabbani, Inteam, Nowseeheart dan Saujana. Turut diserikan dengan kehadiran penceramah kesayangan ramai,Dato’ Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Antara pihak yang turut menjayakan karnival ini ialah Haluan Palestin, IMC, Radio IKIM.FM, RTM, Rabbani FC, Majalah ANIS, ASUH,Nasyeed.com dan ramai lagi. Nasyidkini mengajak para pembaca untuk sama-sama memberi sokongan kepada karnival ini. Datanglah beramai-ramai untuk memberi sumbangan dan berhibur sambil beramal di KARNIVAL & KONSERT ANA FOR GAZA.

Jom meriahkan konsert nih!!!

Sumber: Nasyid Kini

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA