Surat cinta buat seorg Hawa...

Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dgn Sang Bulan.Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua2an.Cemburu jua aku pd Sang Si Belangkas yg hidup berkasih-sayang.Tapi aku,terus kepiluan.Hawa yg diciptakan utk kaumku bkn lg Hawa yg dulu.

Kuterbang bebas dlm duniaku.Ibarat Sang Helang yg gagah melebar sayap di ufuk timur,berani... Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.Lantaran tingi nilaimu di hati lelaki. Kuterbang setinggi2nya meredah awan tanpa ada tembok yg membataskan,tanpa ada dinding yg menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.

Hawa...
Bukan kutewas dgn bayu nan kencang.Barpun aku umpama helang yg gagah perkasa dan raja udara yg unggul di awanan.Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat...kutidak mampu menongkah ribut yg menggila mengikut haluanku...Berat utkku menghadapinya dgn sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa aku akan derita...

Hawa...
Kuteruskan jua perjalanan dgn ketabahan.Ku bawamu bersama dlm kepayahan.Kau kumarahi krn egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa kau dgri kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpianan.Kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan.

Namun tatkala egoku menjd egoisme,maka di situ aku perlukan teguran.Terbang di langit tanpa batasan,sering kuterbabas,hilang arah dan panduan.Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar kutetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang.Tapi tafakurku sejenak di pohonan...


Kenapa begini?



Kenapa tidak begini?
Hawa...
Kau diciptakan indah,bkn drp kepala utk disanjung dan dipuja,bkn drp kaki utk dipijak dan dijadikan hamba sahaja,tapi drp rusukku,dekat dgn dadaku utk dilindungi,dekat pula dgn hati utk disayangi dan dicintai.
Hawa...
Dulu,kuperlukan mu sebagai teman berbudi.Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi.Kaulah cerminku yg sentiasa memuhasabah diri.Tapi kini,keindahanmu yg sering kupuja,kau salah erti...Kau tampil enghiburkan dunia dgn susuk tubuh yg mengiurkan.
Kaumku kekaburan.Matanya bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikan.Ah,mmg kaumku suka mengambil kesempatan! Tapi,knp kau jual dirimu bak brg pameran? Di mana hilang malumu yg menjd hias pakaianmu?
Tidakkah kau tahu,tubuh montokmu jd hidangan enak buat mata,tetapi racun pd jiwa.Aku bisa terhumban ke neraka krnnya.Kau gunakan keistimewaanmu utk mengoda.Air matamu utk menipu daya dan panahan matamu utk melemahkan iman.
Oh,Hawa...
Aku rindukan Hawa yg dulu
Malu,tejaga,terpelihara...
Hawa...
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati2 utkku luruskan.Lantaran itu,kudtg bkn utk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki...bkn juga mengugut dgn paruh berbisa..Tapi supaya direnung bersama.Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.
Dgrlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yg dulu- sesuci maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah...
Hawa...
Namamu indah,biarpun di mana, di segenap jiwa
Kaulah ibu,terukir kasih di paparan dada
Kaulah kekasih,dirindui saban ketika
Kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata
Kaulah adik,pemberi semangat paling berguna
Kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada
Ketahuilah Hawa,
Kau kupuja...
Krn dr rahimmu melahirkan kaumku yg berhati waja
Krn ayunan lembut tgnmu membesarkanku dgn terjaga
Krn kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara
Krn kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yg bergelora
Kerana kau adalah hiasan,paling indah dr dunia seisinya
Maka, kudtg pdmu Hawa..
Membawa ubatdgn penuh cinta
Ubatilah dirimu...
Agar kudpt terbang menguasai angkasadan alam
Dgn kedua2 sayapku yg kuat dan mantap
Agar bkn sahaja kudpt menongkah angin nan kencang
Bahkan sayapku kibar penuh bangga
Mencipta angin...
-ADAM-
(^_^) : Mintak izin Kak Ha...~Motivasi Diri~
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com