Allahu Rabbi Inteam



Kat cni aku nak tolong promosikan album terbaru Inteam..First time Inteam buat album yang covernya berbentuk ‘digipack’ ala pack DVD. Nice cover.

Track 1 – Allahu Rabbi. Track pembukaan yang dikatakan sungguh berbau Hindustan!! Lagu Allahu Rabbi memulakan track album ini dengan penuh yakin. Lagu ini mengingatkan kita pada lagu daripada filem2 seperti Dil Se dan Taal. Dengan melodi chorus yang cathchy dan mampu menjadi anthem baru Inteam. Akhi Amin, Suhaimi dan Syam yang menggalas tugas menyanyi dalam bahasa Hindi pun dengar lancar, tanpa intonation yang artifical. Waa, kalo dibikin VC utk clip ni, elok diundang sekali geng2 India Muslim @ mamak utk memeriahkan. Sebuah lagu yang hype dan best!
Track 2 – Hamzah Asadullah. For the first time, mereka cuba membikin sebuah lagu epik. Hmm, cubaan pertama Inteam kali ini nampak hasil yang boleh dibanggakan. Cuma muzik bagi lagu ini kedengaran sedikit longgar bagi sebuah lagu epik sebegini. Namun, susunan vokal yang mantap serta efek bunyi dapat memadatkan ruang2 kosong di dalam muziknya. Tapi overall, lagu ni mantap.
Track 3 – Hanya Takdir Lagu yang menguji vokal Inteam ketahap paling maksima dalam album ni. Unsur-unsur classical orkestra ala gospel mengambil tempat dalam lagu ni. Perghh, koir dalam lagu ni memang rapi susunannya, dan masuk dengan muzik orkestra. Cuma, kelemahannya pada muziknya adalah hanya tertumpu banyak pada strings, piano dan sedikit percussion (Timpani dan Obon). Kalo ditambah lagi elemen horns dgn winds, bleh kata, perfect songs!
Track 4 – Dia Muhammad. Kembali kepada mood hype, dengan chorus yang catchy. Fusion arabic yang kedengaran sedikit laid back, namun tetap segar pabila didengar.
Track 5 – Kepastian Nampaknya kali ini, Inteam cuba sedaya upaya untuk membikin kembali ‘killer song’ yang menghambat ribuan peminat mereka pada zaman mereka di Hijjaz Records dulu. Lagu pop ballad ini sedap, dengan chorus yang padat dan tidak meleret. Wow, lagu nie mmg best.. Ditambah pulak dengan susunan muzik drpd Along Exist yang memang mempunyai kepakaran membikin lagu2 ‘maut’ untuk Inteam sejak dahulu kala lagi. PERFECT! Muzik pun memang sesuai dengan Inteam..
Track 6 – Kemuliaan Al-Quran Cuba menukar mood kepada lagu asli. Tidak banyak yang boleh diperkatakan dalam lagu ni. Mungkin sebab lagu ni tidaklah 100% irama melayu asli, maybe 85% sahaja dan diadun dengan sedikit pop. Irama Melayunya mungkin kedengaran jelas pada lenggok vokal. Tapi bila dengar dua tiga kali, melekat gakla. Bolehlah dikira sedap gak.
Track 7 – Asy-Syafie 1 lagu yg bleh wat kite terlompat2..terjoget2... kedengaran sekali lagi arabic fusion yang boleh dikatakan boleh tahan gakla. Suka dengar ‘suara macho’ Ustaz Taha kita. Dah lama Inteam buat lagu Arab, dan lagu ni pun best gak. Lagu yg kedengaran sedikit techno fusion arab gak. Xdela over.
Track 8 – Redha Lagi sekali, cubaan utk membuat ‘killer song’ dengan bantuan Along Exist tampak berjaya. Namun, kali ini lebih banyak vokal works daripada lagu Kepastian, tanpa kehadiran vokal Syam dan Suhaimi. Lagu ni melekat juga chorusnya dalam masa yang singkat. Sedikit ringan berbanding lagu Kepastian yg agak berat sedikit pembawaannya.
Track 9 – Asma’ Allah Cuba bereksperimentasi dengan Asmaul Husna. Muzik laid back, sekali dengar memang rasa tenang. Light and easy, mungkin perkataan yang paling tepat pada lagu ni. Lagu yang straight forward, dgn vokal yg cemerlang.
Track 10 – Kasih Sayang Pop nasyid yang tipikal. Seakan cuma lagu pelengkap album. Tapi bila disemak semula, mungkin ada sebab diletakkan lagu ini pada track last. Track pertama dibuka dengan mood hype, dan ditutup juga dengan mood hype, untuk memberi satu kepuasan selepas puas go through satu album.
Kesimpulan Album yang dirancang dengan baik flow lagunya. Dari hype, epik, ballad, rancak... pada pengamatan, album ni mampu mengulangi kejayaan album Inteam yang lepas. Insya Allah...Ha...pe lagi...Dptkan skrg!!!
~ Informasi dari Silantra KTI(Aizat)
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com