Jodoh DariNya

Salam buat semua..^_^
Alhamdulillah berkesempatan untuk berkongsi rasa.. Berkongsi cerita lagi bersama kalian.
Agak kekok untuk berceloteh kali ini. Hehehee. Perkahwinan.

Pertamanya, Sa ucapkan tahniah buat Amirah Rosdi, adik junior Sa.. Sekolah menengah dulu yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 September nih. Alhamdulillah. Murah rezeki adik tuh. Di usia 19 tahun, ALLAH sampaikan jodoh buat dia. Syukur dan tumpang gembira buat adik tuh.

Di usia sekarang, dah ramai kawan2 Sa yang dah mendirikan rumahtangga. Tunggu masa nak bersalin pun ada. Suka tengok kebahagiaan tuh. Ada juga suara2 kecil n suara2 besar yg bertanyakan Sa psl nih. Bila giliran Sa? Xsabar nak tunggu kad dari Sa lah.. n mcm2. Huhu.

Semua tuh kerja ALLAH. Lagipun, nak dirikan masjid bukan senang. Perlu ada persediaan mental n fizikal. Bukan sekadar mahu.. Ilmu belum cukup n jodoh belum sampai. Lagipun, muda lg kot..:P Haha. Tapi yang tepat, mungkin ALLAH nak beri ruang untuk Sa baiki diri dulu.^_^

Rasa dekat untuk berkongsi buat kalian, kaum Hawa..

Andai engkau belum berkahwin, Jangan kau risau akan jodohmu.. Ingatlah Hawa, janji Tuhan kita.. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya.. Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..

Bersabarlah buat kalian yang tertunggu2 akan jodoh itu. ALLAH Maha Tahu dan Dia sebaik2 pengatur. Sama2 kita berusaha menjadi wanita yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Wanita Solehah. Agak susah kan? Tapi tak mustahil. Ya! Caranya.. Perbaiki diri.. Perbaiki diri n sentiasa perbaiki diri..

Wanita solehah itu auratnya dijaga.. Pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri.. Ini kerana seindah hiasan adalah wanita solehah.^_^


Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah idak terletak pada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan berbicaranya yang boleh mengoncangkan iman lelaki dan bukan terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.. Sama2lah berusaha ya!

Sa sharekan nih bukan sebab Sa nih sudah sempurna.. Sama2 perbaiki diri dan ajak orang lain. Tapi memetik kata2 dari Imam Hassan Al-Basri;

"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,BUKANlah bererti aku yang TERBAIK dalam kalangan kamu,BUKAN juga yg paling SOLEH dalam kalangan kamu,kerana aku juga PERNAH melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA,Nescaya TIDAK AKAN ADA pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi PERINGATAN."

~ Hati masih belum sedia.. Kekuatan belum tiba..

4 comments:

Soul Seeker said...

cantik pic kawen tu ^_^

btul2, kalau nak kawen kena btul2 ready dgn ilmu, baru rumah tangga bahagia. :)

cikpija pun kalu buleh nak kwen awal, tapi takde calon and kalu buleh cikpija nak belajar tu ap yg patut. :D

selamat beramal!

Abby Syauqah A.R© said...

orang kata, masa umo kita muda mudi ni baik g Kawen Awal! nak selamatkan iman kita dari godaan yang terlalu mencabar dalam dunia yang fashaq dan mungkar sekarang ni.. betul jugakan..hehehe tapi bila fikir punya fikir, takut la pula! almaklumlaa, lom sedia g.. bnyak g perlu fikir...isisisisis...

Soul Seeker said...

btul2. haihai, kahwen bukan macam nak makan nasik. malah lebih susah dari tu. alahai, naik seram pikir pasal kawen. :P

Intisar said...

Cik Pija: yup.. btol tuh.. Bkn senang. Ilmu tuh mmg penting.

Damai Hati: Hehehee.. Mmg byk yg nak kne pk.. Huhu. Tp kdg2 kte pon xsangka jodoh kita tuh kdg2 awal drp yg di jangka kan?

*pe pon, sama2 kita baiki diri.. dgn masa yg ada, perbaiki diri.^_^

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com