Malam Yang Ceria

Salam ukhuwah n salam ceria buat semua..^_^
Alhamdulillah. Masih diberi nikmat bernafas untuk hari ini.. Syukur2. Hanya nak kongsi sedikit tentang kenangan semalam.

Semalam, Sa rancang untuk berbuka kat luar bersama adik2. Alhamdulillah.. Kami berbuka di MFC. Seronok bila dapat berkumpul sama2. Mcm2 ragam ada. Masing2 makan dengan berselera. Bahagia jek tengok diaorg makan. Suasana ceria mula dirasa..


Selepas berbuka, kami solat di surau Parkson. Memudahkan perjalanan kami untuk membeli barang. Setelah puas berjalan di Parkson, ke pasar malam untuk beli apa yang patut. Kebetulan malam tuh adik2 mahu beli pakaian untuk raya. Lama juga berjalan di pasar. Sangat2 sesak.

ALLAH Maha Kuasa.. Suasana ceria n nikmat bersama tuh mampu menghilangkan perasaan gundah n sedih yang ditanggung sebelum nih. Amat2 bersyukur. Malam tuh Sa mampu senyum sepuas2nya.. Sengih sehabis2nya.. Mana tidaknya.. Adik2 tuh semua jadi tempat Sa mengusik. Hihi. Lama tak merasa macam nih.

Nih gelagat kami ketika di Mydin. Ngah sibuk2 cari selendang, maen2 kejap. Hihi. Semua berangan jadi pengantin. Alhamdulillah orang tak perasan ragam kami sebab kawasan selendang tuh agak terpencil n tertutup dari orang. Hehehehee. Seronok. Ini semua idea Sa n Dik Athirah.. Berangan kejap jek. Hihihi.

Dalam seronok bergembira, dalam hati nih ada juga rasa sedih n bersalah. Urmm.. Malam tuh tak dapat tunaikan terawih buat malam ke-19. Kami berkumpul balik di Parkson untuk tunggu Abe Prebet(kereta sapu walaupun sebenarnya van:P)

Agak lewat. Kasihan adik2 yang nak balik ke hostel. Jam pukul 11 malam, van belum sampai. Masing2 gelabah takut. Huhu. Jahatlah Sa nih bawa adik2 keluar lama2. Sementara menunggu, kami bergambar n berborak.

Tiba2 ada seorg wanita, pelancong dari luar negara menyapa n minta izin untuk ambil gambar kami beramai2. Katanya kami cantik! Huhuhu. Selepas itu, dia terus pergi bersama seorang lelaki, pasangannya mungkin. Kelihatan seperti mereka sedang mencari sesuatu. Sekumpulan wanita yang berada berdekatan dgn kami menjadi sasaran untuk mereka bertanya.

"Ooo.. No... Urmm.. Yes2." Apa benda yang dijawab tuh. Nampak seperti hajat mereka tak kesampaian n mereka pergi begitu jek. Tak lama kemudian, nampak datang lagi. Waktu tuh, adik2 semua mendesak Sa untuk bertanya kot2 ada yang boleh kami tolong.

Sa pun pergi n tanya. Ohh.. Rupanya mereka mencari pasar yang jual mcm2 tuh. Bkn pasar malam tp yg ala2 Pasar Siti Khadijah, Pasar payang tuhla.. Beritahulah yang pasar mcm tuh kat sini dah tutup malam. Sempat beramah mesra. Nampak adik2 macam excited jek. Semua minta Sa beritahu untuk ambil gambar bersama.

Mereka pun excited nak bergambar. Alhamdulillah.. Capai jugak hajat adik2. Sempat juga mereka hulurkan business card. Mereka dari Spain. Yang perempuan tuh namanya Raffaella di Iorio. Bekerja sebagai Marketing Cardiovascular. Hepi tengok adik2 bila jumpa mereka.


Tak lama kemudian, barulah prebet datang. Hantar adik2 ke hostel Tg. Chat n hostel kampus. Alhamdulillah.. Syukur sangat2. Kebahagiaan, kemanisan tuh Tak boleh nak diceritakan hanya dengan ditulis.. Tak boleh nak digambarkan hanya sekadar dengan gambar.. Kami yang lalui malam tuh amat2 merasai.. Moga ALLAH berkati hubungan ini.

Sayang Kalian selamanya!

~ Buat kalian yang membaca, moga ALLAH berkati kalian juga!

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com