Salam ukhuwah sekencang dakwah buat semua.^_^
Daripada Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ALLAH berfirman pada hari kiamat:
" Di manakah orang yang bercinta kerana keagunganKu pada hari ini?
Aku akan menaungi mereka dibawah naunganKu
pada hari yang tiada naungan kecuali naunganKu.. "
(Riwayat Muslim)
Moga kita tergolong dalam kalangan mereka.. Ameen..^_^
Ya ALLAH..
Jagalah kegusaran hati ini.. Hanya untukMu dan kekasihMu..
Jagalah kekecewaan hati ini..
Hanya kerana jauh denganMu..
Hanya kerana dosa-dosa terkumpulku..
Hanya kerana jiwa yang kosong tanpaMu..
Simpanlah cintaku hanya padaMu..
Cintai dan pilihlah aku.. Ya Rahim..
Moga ALLAH memberi ketenangan pada hati ini, Moga ALLAH pelihara cinta kita dan Moga ALLAH memberkati kalian.. Ayuh terus berdoa dan terus berdoa.. Janji DIA adalah pasti!^_^