Ratuku,
Inginku luahkan apa yang sudah
lama ingin kuluahkan,
Tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga berguguran,
Di petik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah.
Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bilaku melihat
bunga yang tidak segan silu,
Menempiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman yang
sebelum ini melindunginya.
Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi ratu idaman
hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku,
Bukanlah ku harap
kau segigih Siti Hawa,
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah,
Yang menanti kekasih di pintu syurga.
Ratuku,
Akuilah hakikat tersurat,
Kau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aisyah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,
Peliharalah dirimu,
Lindungilah maruahmu...
Lontaran itulah ratu idaman setiap mukmin...
~Moga mampu ke pintu Syurga...