Update 2012

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.. Syukur, dapat juga Sa update blog nih setelah sekian lama sepi. Post pertama untuk 2012. Hehehe. Tahun nih genap usia Sa 22 tahun. Fuh! Macam tak percaya je, ta[i itulah hakikatnya. hahhaha. Tanggal 2 Feb lepas, genap sudah usia Sa.. Hehehe.

Sepanjang cuti nih, macam2 Sa buat. Kraf tangan, menjahit baju, jahit manik, buat kek, buat ais krim.. Sa pon jadi penternak ikan keli tau! Hahhahaa. Pada masa yang sama, Sa sibuk menulis puisi dan lirik. Di samping tuh juga, Sa sedang usahakan untuk siapkan novel. Tapi Ntah bila boleh siap. Hahaha.

Ha, banyak2 lirik Sa buat, baru jek 1 yang sudah jd lagu. Itu pun baru je akustik. Gitar je. Hehehe. Tak pe, slow2. Ewah! Hihihi. 3 Mac lepas, kenduri Along Abu di Kerteh. Seorang lagi Abg sepupu Sa sudah beristeri. Alhamdulillah. Seronok sebab isteri dia sangat baik dan lemah lembut. Kak Safiyah namanya. Cantikan nama dia?^_^


Sepanjang cuti nih juga, macam2 ALLAH uji Sa.. Dari segi kesihatan, emosi. mental, dan rohani. Sakit semakin menjadi. Lepas abid diploma bulan 11 lepas, Sa dapat radang paru2. Selama 4 bulan sakit sangat rasa jiwa terseksa dengan iman yang sangat lemah. Dalam sakit tuh, doktor cakap usus Sa bengkak dan berdarah. Sangat teruji.

Kehidupan mula dirasakan berbeza. Lama Sa menjadi pemarah, beremosi. Tapi alhamdulillah, dengan melakukan banyak kerja yang Sa suka, Sa semakin bersemangat. Rindu nak belajar membuak2. Hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu. Setiap hari merungut nak belajar. Alhamdulillah.. Berkat bersabar dan tidak putus berdoa, Sa sekarang menghitung waktu untuk masuk ke KLMU. Ambil B.A. (Hons) in Multimedia. Tanggal 31 Mac ni Sa masuk daftar. Syukur sangat.

Hajat doa dari semua ya. Moga ALLAH tetapkan iman di hati Sa.. Kuatkan langkah Sa. Apa yang Sa kongsikan nih bukanlah untuk menunjuk2 atau menagih simpati, tetapi lihatkan, betapa ALLAh sayangkan hambaNya. Dia Maha Adil. Yakin sahaja dengan segala ujian dan kurnia yang di beri.


Cukup di sini. Jika ada masa, Sa update lagi dan Sa akan kemas kini blog nih. Sayang pula lama tak cantikkan blog. Moga ALLAh permudah segalanya dan ALLAH berkati kalian^_^

^_^

Salam buat semua..
Sa doakan sahabat semua dalam keadaan sihat sentiasa..

Mungkin lepas nih, Sa dah jarang update blog nih. Macam2 rintangan sekarang. Alhamdulillah. Sa dah grad n da abes diploma. Tunggu Konvo jek tahun depan. Doakan yek..

Kebelakangan nih, badan terasa lemah jek. Sakit urat badan datang balik n masalah pernafasan macam biasalah.. Jantung tak stabil. Tambah lagi, 4hb Dis lepas Sa accident. 2 kali accident. Dalam perjalanan balik Raya Haji, bas Sa accident dengan sebuah kereta yang laju. Alhamdulillah, bas tak ada pape.. cuma Sa terhentak depan n belakang.. Terasa sakit belakang.

Sampai di Kuala Terengganu, accident dengan kereta. Alhamdulillah tak teruk just dirempuh sikit jek.. Tapi kesannya sekarang, leher sakit yang amat n belakang terasa berat n sakit urat belakang.. Hajat doa yek. Moga Sa diberi kesihatan yang baek.

Jika memang ajal Sa hampir tiba pun, doakan Sa nih ALLAH redha yek.. Pada kalan semua.. Sa doakan moga ALLAH berkati kalian. Maaf tak dapat celoteh banyak. Bandan tak mampu menegak lama... Sayang kalian semua^_^

Seandainya...

Salam..

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu,
Pasti suatu ketika kita akan bertemu..
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu,
Walau dekat selalu kau tetap tak akan menjadi kepunyaanku..:P


Ada rakan blogger hantar email bertanya, "Kenapa kamu suka post berkaitan cinta? Kamu pernah bercinta? Kamu putus cinta?" Hehehehe.. TIDAK la.. Sa suka post pasal cinta sebab cinta tuh lumrah. Semua insan merasa walaupun dalam diam.. Begitu juga Sa. Ewah! Huhuhu. Kalau berbicara soal cinta, selautan pun takkan habis di minum..:P

Menulis pasal cinta pun, kebanyakannya Sa adaptasikan daripada perkongsian kawan2 yang ada masalah dalam cinta n melalui perasaan diri nih yang merasakan wujudnya cinta. Keh3.:P Moga cinta yang diredhiNya selalu tersemai dalam kehidupan kita.. Moga ALLAH berkati kalian^_^

Muhasabah sekejap

Salam.. Salam ceria.^_^

Ya ALLAH,
Ajari aku untuk tetap tegar,
Walau pilihan hidup ini sukar...
Ajari aku untuk menjadi wanita utuh,
Walau harus merasa sakit saat jatuh...

~ Moga diri nih mampu membina diri kearah kebaikan. Cantikkan gambar kartun di atas. Nih hasil lukisan Bro Farish, membe di Fb Sa.. Banyak artworknya yg islamik. Macam Kak Pemimpin Cahaya Tertinggi(Kak CP). Semangnya diri nih tak sesempurna kartun muslimah nih, tp doakan diri nih terus istiqamah..^_^

Hanya Lepaskan 1 Rasa..

Salam..
Sebenarnya Sa pun tak tahu apa yang nak dikongsikan.. Mungkin jari hanya gatal nak menari di keyboard usang nih.. Terasa hambar.. Terasa suram. Mungkin sebab Sa jauh dari Nya.. Mungkin. Jiwa berlagu sepi.. Hati seakan terkaku mati. Huh! Mengeluh? Mungkin.

Segalanya terasa berat.. Hati dan perasaan. Rasa ini anugerah. Harus bersyukur.. Tapi kekadang rasa ini membuatkan diri nih tidak menentu. Ah! Lepaskan segalanyaa.. Jangan pernah salahkan rasa kerana itu semua bukan dosa. Biarkan asa itu melintas di lintasan masa.. Dan serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa..


Kiranya tiada Cinta insan untukku..
Cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidupku.
Moga kelak akan ada cinta untukku
daripada insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintaku terhadapNya..

Mendalam sangat ke cinta aku pada DIA??? Huh! Waktu nihlah tetiba teringat akan satu doa.. Doa Nabi Daud a.s..

" Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang2 yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu..
Ya ALLAH, jadikanlah cintaMu lebih ku cintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin"


Maaf saudaraku. Kamu memang ikhwan pujaanku.. Aku masih disini tetapi bukan untukmu. Tetapi untuk yang menciptakanmu.. Cukup ALLAH bagiku. Selamat Tinggal wahai saudaraku yang diam-diam pernah aku cintai..

Maaf.. Mungkin post ini agak entah apa2.. Tak suka baca, abaikan.. Hanya melepaskan satu rasa.. Menulis cinta dalam kata kot..:P Moga ALLAH berkati kalian.. Hajat doa kekuatan buat diri ini^_^
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com