Update 2012

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.. Syukur, dapat juga Sa update blog nih setelah sekian lama sepi. Post pertama untuk 2012. Hehehe. Tahun nih genap usia Sa 22 tahun. Fuh! Macam tak percaya je, ta[i itulah hakikatnya. hahhaha. Tanggal 2 Feb lepas, genap sudah usia Sa.. Hehehe.

Sepanjang cuti nih, macam2 Sa buat. Kraf tangan, menjahit baju, jahit manik, buat kek, buat ais krim.. Sa pon jadi penternak ikan keli tau! Hahhahaa. Pada masa yang sama, Sa sibuk menulis puisi dan lirik. Di samping tuh juga, Sa sedang usahakan untuk siapkan novel. Tapi Ntah bila boleh siap. Hahaha.

Ha, banyak2 lirik Sa buat, baru jek 1 yang sudah jd lagu. Itu pun baru je akustik. Gitar je. Hehehe. Tak pe, slow2. Ewah! Hihihi. 3 Mac lepas, kenduri Along Abu di Kerteh. Seorang lagi Abg sepupu Sa sudah beristeri. Alhamdulillah. Seronok sebab isteri dia sangat baik dan lemah lembut. Kak Safiyah namanya. Cantikan nama dia?^_^


Sepanjang cuti nih juga, macam2 ALLAH uji Sa.. Dari segi kesihatan, emosi. mental, dan rohani. Sakit semakin menjadi. Lepas abid diploma bulan 11 lepas, Sa dapat radang paru2. Selama 4 bulan sakit sangat rasa jiwa terseksa dengan iman yang sangat lemah. Dalam sakit tuh, doktor cakap usus Sa bengkak dan berdarah. Sangat teruji.

Kehidupan mula dirasakan berbeza. Lama Sa menjadi pemarah, beremosi. Tapi alhamdulillah, dengan melakukan banyak kerja yang Sa suka, Sa semakin bersemangat. Rindu nak belajar membuak2. Hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu. Setiap hari merungut nak belajar. Alhamdulillah.. Berkat bersabar dan tidak putus berdoa, Sa sekarang menghitung waktu untuk masuk ke KLMU. Ambil B.A. (Hons) in Multimedia. Tanggal 31 Mac ni Sa masuk daftar. Syukur sangat.

Hajat doa dari semua ya. Moga ALLAH tetapkan iman di hati Sa.. Kuatkan langkah Sa. Apa yang Sa kongsikan nih bukanlah untuk menunjuk2 atau menagih simpati, tetapi lihatkan, betapa ALLAh sayangkan hambaNya. Dia Maha Adil. Yakin sahaja dengan segala ujian dan kurnia yang di beri.


Cukup di sini. Jika ada masa, Sa update lagi dan Sa akan kemas kini blog nih. Sayang pula lama tak cantikkan blog. Moga ALLAh permudah segalanya dan ALLAH berkati kalian^_^

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA