Pesan Buat Diri

Salam buat semua.. ^_^ Hanya ingin berkongsi sedikit.


Pesan pada DIRI,
jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tidak sudi..
Pada insan yang tidak mengerti..
Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
Kerana, sekali kau di lukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..
Pesan lagi pada DIRI,
hati-hatilah dalam memberi HATI..
Kerana ianya hanya untuk insan yang tahu menghargai
betapa tingginya sekeping HATI..

~ Ya ALLAH, peliharalah hati ini..

Indah alam ciptaanNya..

Salam. Hehehee. Syukur, ALLAH masih beri ruang untuk Sa update blog. Masih diberi nyawa untuk bernafas. Tenkiu, ALLAH! Minggu lepas, Sa ikut Ayu dan yg lain jalan2 ke Pantai Sri Tujuh. Raikan diaorg baru abis Final short sem. Alang2 singgah umah lecturer math diaorg. Cik Izzati kat Tumpat. Dan terus ke panta. Huhu. Alhamdulillah. ALLAH beri ruang untuk diri nih rehatan minda n fikiran yg agak berserabut waktu tuh.

Balik tuh, singgah kedai kawan Ezzati. Hihihi. Dapat makan free. Itu yang paling seronok. Huhu. Sangat2 bersyukur sebab ALLAH bagi ruang untuk Sa bersama mereka.


Matahari dah nak jatuh.^_^


Jadi model jap..:P

Kat tasik.

Kat pantai.


Bersama dierorg nih la.. hihi.

Abc... hihihihi.

Hanya berkongsi jek. Moga ALLAH berkati kalian!

JOM!!! ^_^

Salam buat semua. Kat sini, Sa just nak share program yang akan datang. ^_^

KONSERT AMAL UNTUKMU GAZA

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai konsert sila hubungi ditalian Hotline 0133393224 atau email terus kepada untukmugaza@gmail.com

Lagu tema “Ketika Cinta Bertasbih” yang dicipta oleh komposer baru dari Bandung bernama Aden edCOUSTIC (yang telah dipopularkan oleh Melly Goeslaw) juga akan turut menyerikan konsert ini disamping penyanyi AMY Search, Heliza Helmi, Hizbur(Imam Muda) & Azhary Ayi (Juara Pertandingan Lagu & Sketsa Untukmu GAZA).

Sumber: Konsert Amal Untuk Mu GAZA

KONSERT PALESTIN IN OUR HEART VI

Bertemakan “ ONE HEART ONE UMMAH ” , sebuah konsert untuk Palestin akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 July 2011 (Jumaat)

Waktu : 7.00 pm – 12.00 am

Tempat : Open Stage, International Islamic College ( IIC )

Konsert yang diberi nama ‘KONSERT PALESTIN IN OUR HEART IV’ bakal menyaksikan artis-artis nasyid seperti Rabbani, Brothers, Mirwana, Muadz and Friends, The Wayfarers, Frenz, Ust Abd Razak bergabung dan akan menyampaikan lagu-lagu bertema Palestin, perjuangan dan kedamaian. Program ini juga merupakan anjuran bersama NasyidFM Media Network.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya ialah mengutip dana, pameran, cabutan bertuah dan banyak lagi. Oleh itu,dapatkan tiket masuk berharga RM10.00 (public) & RM5.00 (Student). Untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Aisyah : 013 2378539

Zuhdi : 017 5615711

Fatin : 013 2053365

Sebagai tanda sokongan anda, jom beramai-ramai ke Konsert Palestin In Our Heart VI. Mari berhibur sambil beramal dan membantu saudara-saudara kita di Palestin.

Sumber: Nasyid Kini

PERTANDINGAN PIALA RABBANI

Untuk maklmat lanjut tentang pertandingan nih, boleh rujuk di nasyeed.com juga boleh download borang penyertaan di sana.

Si Tecit ^_^

Salam ceria buat semua. Dah lama Sa xupdate kan. Hihihi. Sa baru masuk sem baru. Xdapat update waktu cuti atas masalah kesihatan.. Banyak yang nak dikongsikan. Insya Allah, akan dikongsi. 7 Jun lepas Sa dapat anak saudara. Alhamdulillah.. Seronok sangat. ALLAH kurniakan Si Tecit ni dalam hidup Sa. Amat menceriakan.


Nur Arissa Humaira.. Nama Si Tecit. Hihihi. Hari Si Tecit lahir Sa dapat tengok lagi. Ada kat kolej. Sibuk nak final exam. Lama juga Si Tecit kena tahan hospital sebab agak tak sihat. Sa balik umah, Si Tecit masih kat hospital. Alhamdulillah, xlama dapat bawa balik. Bila Si Tecit ada kat umah, Sa paling excited sangat. Huhuhu. Seronok.

Sa rasa jatuh cinta ngan Si Tecit. Tuhla.. The feelings of love. Sayang sangat. First time jumpa, I kissed the baby gently and closed my eyes as I inhaled the smell from Heaven. Korang tahu kan bau baby macam mana. Mmg the best perfume dalam dunia la! Huhuhu.


Sepanjang Si Tecit ada kat umah, Sa lah yang selalu bergilir dengan kakak ipar jaga Si Tecit. Hehehee. Kakak ipar kurang sihat kesan operation lahirkan Si Tecit. Sa rasa Si Tecit dekat sangat di hati Sa. Bila menangis malam, Sa buaikan.. Kadang2 dengan kakak ipar pun Si Tecit menangis. Kakak ipar xtau nak buat apa bagi Sa. Selalu orang tegur kalau dengan Sa, Si Tecit mudah diam dan senang tidur. Huhu. Macam ibu la pula. Huhuhu.


Alhamdulilah.. Tahu juga Sa penat lelah jadi seorang ibu. Lagi2 Si Tecit ni kalau menangis xmacam baby lain. Kalo nak menangis xde dah intro.. Meraung terus. Huhu. Kalau kereta, bleh kata gear 4 la. Tekan minyak abis.. Punya lah kuat. Huhuhu. Hobi Si Tecit, duk ala2 meniarap tp bukan atas lantai.. Atas tangan org. Tangan sape lagi kalau bukan tangan Achik Sarah dia nih.. Huhu. Da gaya Superman.

Kalau nak dibuai pula, xnak buaian betul. Nak kena buai atas tangan orang jugak. Budak Tecit. Hihi. Sekarang, rindu sangat Si Tecit. Rindu sangat2.Mcm xlengkaplah pula hidup nih. Dalam sehari mesti nak juga dengar suara Si Tecit menangis. Xsabar nak balik! Huhuhu. Moga Si Tecit sihat2 jek. Moga ALLAH pelihara Si Tecit. Jadi serikandi islam yang ALLAH redha.. Ameen.

Si Tecit nak dibuai tangan...

~ Esok, 10 Julai.. Program Amal Kau Dihatiku 4. Kat Bukit Cerakah, Shah Alam.. Xdapat join. Xdapat jumpa Huda... Sedihnya.. Moga ALLAH permudahkan program.

KARNIVAL & KONSERT ANA 4 GAZA

Salam ukhuwah dan salam rindu buat semua.^_^

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd bersama Rabbani Productions akan menganjurkan sebuah Karnival Ana 4 Gaza yang akan diadakan pada :

Tarikh : 29 – 31 Julai 2011

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Stadium Kajang

Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Booth jualan juga akan dibuka pada karnival ini. Istimewanya karnival ini, akan diadakan sebuah konsert iaitu KONSERT ANA FOR GAZA pada hari Sabtu – 30 Julai 2011 bermula jam 8.30 malam.MASUK ADALAH PERCUMA!! Konsert ini bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air, antaranya ialah Aishah, kumpulan nasyid Rabbani, Inteam, Nowseeheart dan Saujana. Turut diserikan dengan kehadiran penceramah kesayangan ramai,Dato’ Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Antara pihak yang turut menjayakan karnival ini ialah Haluan Palestin, IMC, Radio IKIM.FM, RTM, Rabbani FC, Majalah ANIS, ASUH,Nasyeed.com dan ramai lagi. Nasyidkini mengajak para pembaca untuk sama-sama memberi sokongan kepada karnival ini. Datanglah beramai-ramai untuk memberi sumbangan dan berhibur sambil beramal di KARNIVAL & KONSERT ANA FOR GAZA.

Jom meriahkan konsert nih!!!

Sumber: Nasyid Kini

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com