Untuk Hari Ini

Salam ceria buat semua.^_^

Malam nih, Sa keluar dgn kawan2 buat terakhir kalinya dalam Ramadhan nih. Maklumlah esok dah nak balik. Cuti raya. Hehehee. Teman kawan2 beli barang2. Seronok juga walaupun sebenarnya agak kurang sihat. Hehehe. Biasalah kan.

Malam nih Sa terasa serba kurang sebenarnya tp alhamdulillah.. Bila sama2 dengan kwn2 tadi, kurang sikit perasaan tuh. Moga ALLAH beri kekuatan untuk Sa balik esok. Tak sabar sangat2 nak balik. Jumpa Si Tecit. Hehehee..

Urmm. Petang tadi, Izzah sakit. Agak risau tengok keadaan dia. Tp Alhamdulillah.. Ok sket kot berbanding pada awalnya , sebelum ke hospital. Sa tak mampu buat yang terbaek untuk Izzah sebab kebetulan Sa pun memang tak sihat. Buat Izzah, sori kalau saya tak mampu buat yang terbaik untuk awak. Awak sakit, saya tak mampu buat apa2. Semoga ALLAH beri kesembuhan buat awak..^_^

Esok balik pukul 6 petang. Balik dengan Ayu n Kak Na.. Moga ALLAH permudahkan. Hajat doa buat diri nih... Moga ALLAH berkati kalian!

Malam Yang Ceria

Salam ukhuwah n salam ceria buat semua..^_^
Alhamdulillah. Masih diberi nikmat bernafas untuk hari ini.. Syukur2. Hanya nak kongsi sedikit tentang kenangan semalam.

Semalam, Sa rancang untuk berbuka kat luar bersama adik2. Alhamdulillah.. Kami berbuka di MFC. Seronok bila dapat berkumpul sama2. Mcm2 ragam ada. Masing2 makan dengan berselera. Bahagia jek tengok diaorg makan. Suasana ceria mula dirasa..


Selepas berbuka, kami solat di surau Parkson. Memudahkan perjalanan kami untuk membeli barang. Setelah puas berjalan di Parkson, ke pasar malam untuk beli apa yang patut. Kebetulan malam tuh adik2 mahu beli pakaian untuk raya. Lama juga berjalan di pasar. Sangat2 sesak.

ALLAH Maha Kuasa.. Suasana ceria n nikmat bersama tuh mampu menghilangkan perasaan gundah n sedih yang ditanggung sebelum nih. Amat2 bersyukur. Malam tuh Sa mampu senyum sepuas2nya.. Sengih sehabis2nya.. Mana tidaknya.. Adik2 tuh semua jadi tempat Sa mengusik. Hihi. Lama tak merasa macam nih.

Nih gelagat kami ketika di Mydin. Ngah sibuk2 cari selendang, maen2 kejap. Hihi. Semua berangan jadi pengantin. Alhamdulillah orang tak perasan ragam kami sebab kawasan selendang tuh agak terpencil n tertutup dari orang. Hehehehee. Seronok. Ini semua idea Sa n Dik Athirah.. Berangan kejap jek. Hihihi.

Dalam seronok bergembira, dalam hati nih ada juga rasa sedih n bersalah. Urmm.. Malam tuh tak dapat tunaikan terawih buat malam ke-19. Kami berkumpul balik di Parkson untuk tunggu Abe Prebet(kereta sapu walaupun sebenarnya van:P)

Agak lewat. Kasihan adik2 yang nak balik ke hostel. Jam pukul 11 malam, van belum sampai. Masing2 gelabah takut. Huhu. Jahatlah Sa nih bawa adik2 keluar lama2. Sementara menunggu, kami bergambar n berborak.

Tiba2 ada seorg wanita, pelancong dari luar negara menyapa n minta izin untuk ambil gambar kami beramai2. Katanya kami cantik! Huhuhu. Selepas itu, dia terus pergi bersama seorang lelaki, pasangannya mungkin. Kelihatan seperti mereka sedang mencari sesuatu. Sekumpulan wanita yang berada berdekatan dgn kami menjadi sasaran untuk mereka bertanya.

"Ooo.. No... Urmm.. Yes2." Apa benda yang dijawab tuh. Nampak seperti hajat mereka tak kesampaian n mereka pergi begitu jek. Tak lama kemudian, nampak datang lagi. Waktu tuh, adik2 semua mendesak Sa untuk bertanya kot2 ada yang boleh kami tolong.

Sa pun pergi n tanya. Ohh.. Rupanya mereka mencari pasar yang jual mcm2 tuh. Bkn pasar malam tp yg ala2 Pasar Siti Khadijah, Pasar payang tuhla.. Beritahulah yang pasar mcm tuh kat sini dah tutup malam. Sempat beramah mesra. Nampak adik2 macam excited jek. Semua minta Sa beritahu untuk ambil gambar bersama.

Mereka pun excited nak bergambar. Alhamdulillah.. Capai jugak hajat adik2. Sempat juga mereka hulurkan business card. Mereka dari Spain. Yang perempuan tuh namanya Raffaella di Iorio. Bekerja sebagai Marketing Cardiovascular. Hepi tengok adik2 bila jumpa mereka.


Tak lama kemudian, barulah prebet datang. Hantar adik2 ke hostel Tg. Chat n hostel kampus. Alhamdulillah.. Syukur sangat2. Kebahagiaan, kemanisan tuh Tak boleh nak diceritakan hanya dengan ditulis.. Tak boleh nak digambarkan hanya sekadar dengan gambar.. Kami yang lalui malam tuh amat2 merasai.. Moga ALLAH berkati hubungan ini.

Sayang Kalian selamanya!

~ Buat kalian yang membaca, moga ALLAH berkati kalian juga!

Ikhtibar Ramadhan

Salam.. Jom hayati jap.^_^


Nun di sana anak kehilangan
Ibu dan ayah.. entah di mana
Nun di sana masih kedengaran
Tangisan insan yang kelaparan

Kesedihan melanda
Derita yang berpanjangan
Belas kasihan pengharapan
Dari redup mata yang lemah
Tak siapa dapat merasa
Di manakah belas kasihan

Ramadhan menginsafkan kita
Kesusahan mereka semua
Ramadhan menyedarkan kita
Senang tak lama
Bahagia tak kekal
Ketenangan hanya padaNya
Kembalilah kepadaNya

Nun di sana masih ada jalan
Putih peluang kebaikan
Sebulan di bulan Ramadhan

~ Ingat pada mereka yg tidak bernasib baik.. Bersyukurlah wahai diri..

Jodoh DariNya

Salam buat semua..^_^
Alhamdulillah berkesempatan untuk berkongsi rasa.. Berkongsi cerita lagi bersama kalian.
Agak kekok untuk berceloteh kali ini. Hehehee. Perkahwinan.

Pertamanya, Sa ucapkan tahniah buat Amirah Rosdi, adik junior Sa.. Sekolah menengah dulu yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 September nih. Alhamdulillah. Murah rezeki adik tuh. Di usia 19 tahun, ALLAH sampaikan jodoh buat dia. Syukur dan tumpang gembira buat adik tuh.

Di usia sekarang, dah ramai kawan2 Sa yang dah mendirikan rumahtangga. Tunggu masa nak bersalin pun ada. Suka tengok kebahagiaan tuh. Ada juga suara2 kecil n suara2 besar yg bertanyakan Sa psl nih. Bila giliran Sa? Xsabar nak tunggu kad dari Sa lah.. n mcm2. Huhu.

Semua tuh kerja ALLAH. Lagipun, nak dirikan masjid bukan senang. Perlu ada persediaan mental n fizikal. Bukan sekadar mahu.. Ilmu belum cukup n jodoh belum sampai. Lagipun, muda lg kot..:P Haha. Tapi yang tepat, mungkin ALLAH nak beri ruang untuk Sa baiki diri dulu.^_^

Rasa dekat untuk berkongsi buat kalian, kaum Hawa..

Andai engkau belum berkahwin, Jangan kau risau akan jodohmu.. Ingatlah Hawa, janji Tuhan kita.. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya.. Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..

Bersabarlah buat kalian yang tertunggu2 akan jodoh itu. ALLAH Maha Tahu dan Dia sebaik2 pengatur. Sama2 kita berusaha menjadi wanita yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Wanita Solehah. Agak susah kan? Tapi tak mustahil. Ya! Caranya.. Perbaiki diri.. Perbaiki diri n sentiasa perbaiki diri..

Wanita solehah itu auratnya dijaga.. Pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri.. Ini kerana seindah hiasan adalah wanita solehah.^_^


Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah idak terletak pada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan berbicaranya yang boleh mengoncangkan iman lelaki dan bukan terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu.. Sama2lah berusaha ya!

Sa sharekan nih bukan sebab Sa nih sudah sempurna.. Sama2 perbaiki diri dan ajak orang lain. Tapi memetik kata2 dari Imam Hassan Al-Basri;

"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,BUKANlah bererti aku yang TERBAIK dalam kalangan kamu,BUKAN juga yg paling SOLEH dalam kalangan kamu,kerana aku juga PERNAH melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA,Nescaya TIDAK AKAN ADA pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi PERINGATAN."

~ Hati masih belum sedia.. Kekuatan belum tiba..

Hanya HATI

Salam buat semua..^_^
Rasa lemah untuk berbicara kat sini. Tp hati memaksa2 untuk menari di keyboard. Hehehe. Tiada apa yang penting untuk dikongsi. Hanya biasa2 saja. Belum kuat untuk banyak menulis. Diri masih lemah.

Sa cuma hajatkan doa dari kalian moga hati Sa kuat selalu. Macam2 cubaan yg ALLAH beri. Kawan2 pun mesti sama kan? Ada yg dirasakan mampu di pikul n ada yg dirasakan berat tak tertanggung.. Tapi Apa pun, ALLAH Maha Tahu.:D


Kebelakangan nih, rasa sangat diri nih diuji. Mungkin ALLAH nak bagi Sa rasa yg Sa nih ada ALLAH. Yup. Betul. Nak bagi sedar diri yg Sa nih hamba yg lemah.^_^ Rabu lepas, baru dapat tahu Sa de simptom2 migraine ditambah lagi dengan sakit yg sebelum nih sering menyerang... Alhamdulillah de ubat dibekalkan tp terlalu kuat utk Sa telan. Huhu. Rasakan dosnya terlalu tinggi. Lps raya, kalau ditakdirkan masih sakit seperti nih n bkn migraine, terpaksa buat rawatan lanjut. Doakan ya.. ^_^

ALLAH nak uji jek tuh.. Sakit, sihat, ajal, maut.. Semua ditangan ALLAH. Redha jek. Moga2 ramadhan nih sempat ke pengakhiranlah kan. Sa pun doa untuk korang semua.. Doakan juga buat sahabat Sa yg kritikal di ICU skrg. Dia sangat baek.. Sangat bagus.. Moga ALLAH permudahkan urusan dia.

" Sungguh, Hati itu anugerah terindah dari Ar-Rahman
pada makhluk yang bernama manusia.
Bagi insan hina seperti aku,
yang banyak jahil dari tahu,
yang banyak alpa dari peka,
hanya 1 pintaku Ya ALLAH,
Andai esok tiada lagi,
biarlah aku pulang dengan hati yang bersih.. "

~ Sa pun tak pasti kenapa gambar lollipop hati pecah.. Mungkin sbb hati nih sdg dalam kesedihan.. Ewahh.. Pandai2 jek..:P

Hikmah disebaliknya..^_^

Salam ukhuwah buat semua..^_^
Pagi tadi Sa dapat 1 email dari salah seorang follower blog. Kata2 tuh kalau diamati amat2 bermakna. Sa kongsikan yek..^_^


" Semalam bukan semua penderitaan
tetapi
sebuah pengalaman yang mengajar erti ketabahan,
Hari ini bukan kekecewaan
tetapi
satu waktu dan kesempatan untuk mencari kebahagiaan.. "

~ Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. Doakan Sa yek.. Dah seminggu demam+migrain.=.= Moga ALLAH berkati kalian!^_^

Rasa Rindu

Salam..

Sahabat dengarkan luahan kesyukuran
Kerna Tuhan telah menemukan aku dengan sepertimu
Tidak ku memilih teman
Tapi padamu ada keistimewaan
Saatku dihimpit kebuntuan
Ternyata hadirmu membawa seribu keceriaan

Kaulah yang mengajarkan padaku
Erti hidup penuh keikhlasan
Kau yang telah mengenalkan padaku
Nilai sebuah persahabatan

Kau setia di sisi sentiasa
Fahami maksud di hati
Kau jujur bicara tanpa sakiti
Bila menyatakan di mana kesilapanku ini

Perjalanan kita masih panjang
Walau terpisah takkan pernah mengalah
Kerna kau selalu hidup dalam kenanganku
Tempat bersandar cerita dan teman liburku..

~ SAHABAT DENGARKAN-HILWAN ~

Sangat2 rindu Huda.. Sa tahu semalam Sa dah buat Huda menangis. Tapi Sa tak mampu tahan rasa rindu tuh. Tak tahan untuk simpan. Kadang2 rasa lemah dalam diri. Tak mampu tanggung sorang2. Ya! Sa tahu... ALLAH ada untuk Sa.. Tapi Sa perlu juga Huda dengan Sa. Urmm. Huda, Sarah mintak maaf.

Kebelakangan nih fikiran Sa agak berserabut. Tambah2 demam dah seminggu. Ujian di bulan Ramadhan. Kadang2 rasa sangat tak mampu. Betul. Jujur. Tapi Sa tahu.. ALLAH nak uji jek. ALLAH Maha Tahu apa yang Sa rasa kan? Dah2. Sa xnak mengeluh lagi..=.= Hajat doa untuk Sa moga2 Sa boleh jumpa Huda cepat2. Sa nak peluk Huda.. Sa nak duk ngan Huda.. Doa Sa dipanjangkan umur ya.. Terima kasih, kawan2.^_^

~ Ntah apa yg Sa merepek..=.=

Iftar Ramadhan NasyidFM

Salam buat semua. Kat sini nak beritahu pasal iftar NasyidFM yang diberi nama program "JOM IFTAR RAMADHAN NASYIDFM" yg akan diadakan pada 14 Ogos 2011. Pada para pendengar setia Nasyid Fm, boleh luangkan masa untuk join iftar nih.^_^

Hari: Ahad
Tarikh: 14 Ogos 2011 bersamaan 14 Ramadhan 1432H
Tempat: Puri Pujangga UKM, Bandar Baru Bangi
Masa: 6.00 pm
Bayaran: RM35(Dewasa) dan RM17(Kanak-kanak)

Program "JOM IFTAR RAMADHAN NASYIDFM" ini diserikan dan dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan Devotees dan Varianz. Untuk maklumat lanjut, boleh lihat DI SINI.

~ Sa konpem xdapat datang yang nih. Hari Ahad dah start kelas. Sori buat mereka. Kak Ina.. Kak Feera.. dan laen2. Moga ALLAH permudahkan iftar ini.

Iftar Jamaie KTI 2011

Salam ukhuwah semua.. Insya Allah 12 Ramadhan nih KTI akan adakan iftar jamaie untuk tahun 2011 nih.


Tarikh: 12 Ogos 2011/12 Ramadhan 1432H
Tempat: Pejabat Inteam Record Sdn Bhd
Masa: 5.00 pm - 10.00 pm
Bayaran: RM15/seorang

Sa xpasti lagi boleh pergi ke x.. Kesian Huda.. Dah tanya2. Insya Allah, Sarah usahakan yek, Huda.. Moga ALLAH permudahkan n beri peluang untuk bertemu mereka yg sekian lama xjumpa.

Khilaf - Fachreza

Salam.. Hehehe. Sa nak share lagi 1 lagu baru dari seberang. Khilaf by Fachreza. Sangat2 bermakna. Liriknya simple tp menusuk hati. Video nih bkn lagu sepenuhnya tapi try la dengar. Kalau rajin, download lah yg mp3 punya, dengar sampai puas.:P


Seringkali hatiku resah
Tanpa kuingat namaMu ya Allah
Seringkali hatiku gundah
Melupakan diriMu ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong
Dalam hening aku berkata

Reff:
Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia
Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu
PadaMu ya Allah

Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia
Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu
PadaMu ya Allah

Seringkali hatiku resah
Melupakan diriMu ya Allah
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com