Jom Heboh Kelantan 2011

Salam ukhuwah dan salam ceria buat semua.
Alhamdulillah.. Masih mampu bernafas lagi.. Syukur padaMu, Ya ALLAH..^_^

Semalam, 28/10/11.. Sa berkesempatan ke Jom Heboh bersama2 Izzah. Niat pergi hanya untuk bawa hati yang sedikit lara.. Ewahh.. Huhu. Kebetulan nak jumpa Abg Muadz. Pergi ke KB dengan bas City Liner n sampai KB, jln kaki ke stadium.

Suasana agak sesak dan membuatkan diri nih merasa bosan. Huhu. Jalan tak tahu arah. Sedang asyik berjalan, tiba2 bertembung dengan Abg Hafizuddin, lg selesa kami adik2 komuniti panggelnya Abg Fizi, dari kumpulan nasyid Suffian bersama Kak Yah, isterinya.. Kak Yah hampir terlupa akan diri nih.. Sedih..=.= Alhamdulillah si suami mengingatkan.. "Alaa.. Sarah Inteam" Terus tangan Sa di tarik mesra.. Fuhh.. Ingat da tak ingat td. Kalo x, malu jek.. Hahahaha.:P


Abg Fizi mengingatkan untuk kaki nih melangkah ke Booth al-Kuliyyah. UNIC akan buat show pada pukul 6 petang. Sa hanya mengiyakan sebab tak mampu untuk berjanji. Borak2 sekejap, terus berpisah bawa hala tuju masing2. Sa dan Izzah berpusing2 cari arah. Hahahaa.. Agak kelakar. Alih2 buat keputusan untuk ke Booth Al-Kuliyyah sebab kelibat Abg Muadz pon tak kelihatan. Hahahaha.


Sampai di sana, rancangan al-Kuliyyah masih bersiaran tapi sudah di penghujung rancangan. Berjumpa lagi dengan pasangan suami isteri tadi. Dari tepi, Kak Yah panggil. Kebetulan Abg Fizi sdg sembang dgn Bro Bazli UNIC. Berapa minit kemudian, siaran al-Kuliyyah berakhir dan Bro Bazli ajak kami masuk ke dalam untuk show.

Pada masa yang sama, ramai pengunjung ambil kesempatan untuk bersalam, beramah mesra dan bergambar dengan ustaz2 jemputan. UNIC memulakan show suasana agak reda dari kesibukan. Show UNIC kali nih diserikan dengan kehadiran Bro Taqi NICE yg menggantikan tempat Bro Fakhrul Radhi yg tak dapat bersama. Ewahh.. "diserikan".. Hahaha:P

Sedang asyik merakam, Abg Qayyum datang! Huhuhu. Tapi datang sorg2 tak bawa Kak Wani. Rupanya pagi tuh dah datang dgn Kak Wani. Xpelah. Tak ada rezeki jumpa Kak Wani. Hampir habis UNIC buat show, barulah Bro Fakhrul Radhi sampai. Sempat promote Album Taranumnya..

Agak lama di sana, Abg Fizi n Kak Yah dah nak balik. Abg Qayyum cakap, Abg Fizi kne urus masjid. Wahh.. jaga masjid. Banyak pahala.^_^ Tak lama tuh, Abg Qayyum pula nak balik. Berpisahlah kami. Bawalah hala tuju lain. Hajat nak balik, tapi terlintas di fikiran, Abg Muadz.. Hahahahaa.:P


Akhirnya, berjumpa juga. Jumpa di Booth kerajaan Kelantan. Kebetulan dia sedang sibuk melayan pengunjung dengan kuiz2 yang diberikan. Selesai program, barulah ke belakang untuk jumpa. Rancak berborak. Sa macam biasa, tanya pasal Mia lah... Hehehee. Mia tak dibawa sama. Kak Ci pun. Pe pon, tahniah, Abg Muadz atas kehadiran Baby Ammar. Blom berkesempatan jumpa Baby Ammar. Insya Allah, akan datang Sarah ke sana..:D

Dah puas berborak, ambil keputusan untuk beredar dan solat di Surau Parkson. Alhamdulillah.. Selesai membeli di Giant, terus balik. Moga ALLAH berkati mereka semua..



Sempat lagi bergambar:D

Promote album..

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com