Seminit Bermuhasabah Di Kala Ramadhan

Kita sebenarnya...
Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram...

Kita sebenarnya...
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal...

Kita sebenarnya...
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daipada hari Jumaat...

Kita sebenarnya...
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan...

Kita sebenarnya...
Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang...

Kita sebenarnya...
Lebih tahu tentang artis pujaan daripadanama nabi-nabi Allah...

Kita sebenarnya...
Lebih suka menebut hello!... hai! daripada assalamualaikum...

Kita sebenarnya...
Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid...

Kita sebenarnya...
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri...

Kita sebenarnya...
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama...

Kita sebenarnya...
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama...

Kita sebenarnya...
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka...

Kita sebenarnya...
Lebih suka mencarut, @#!*@%!! daripada menyebut Masya Allah...

Kita sebenarnya...
Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan...

Kita sebenarnya...
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita...

Kita sebenarnya...
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat...

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab kita sebenarnya...

Kita sebenarnya...
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka...

Layakkah kita dengan syurga milik Allah SWT...???

---> Sama2 kita bermuhasabah.. Setiap insan ada kekurangan.. Dan menjadi tugas kita untuk sentiasa perbaiki.. Moga hari ini lebih baik dari semalam.:D

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com