ALLAH bersifat mutlak...

Kat cni aku nak amik kesempatan utk kongsikan email abg aku bagi semalam...

ALLAH SWT jua bersifat mutlak...

Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaan ALLAH SWT. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya ALLAH SWT sebagai Rabb al-'Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya.

Manusia, jika dia cerdik, bijak dan pandai, maka semuanya itu datang daripada ALLAH SWT. Segala kekayaan dan penguasaan manusia bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada ALLAH SWT .

Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang daripada ALLAH SWT.ALLAH SWT, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika ALLAH SWT mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika ALLAH SWT mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya.

Oleh itu hanya ALLAH SWT sahaja `mutafarriq', bermakna hanya ALLAH SWT yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.

Firman ALLAH SWT:

" Jika ALLAH menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."( Surah Al-An'am: 17)

Dengan sifat-sifat ALLAH SWT tersebut, maka timbullah kesan tauhid kepada seseorang. Dia hanya takut kepada ALLAH SWT, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada ALLAH SWT...
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com