Hanya Luahan



Semalam...

aku tertawa bersamanya...

dan masih terhidu lagi bau harum bunga yang kau sisipkan di celah tudungku yang kau pakaikan..



Tapi..hari ini..

aku sendiri... mendongak ke langit luas yang tak bertepi...

bertemankan kenangan yang kau tinggalkan kelmarin...

sekelip mata, sedenyut nadi dan sehembus nafas kau pergi...

jauh dan terus jauh...tidak menoleh aku yang berdiri di sini....



****Mode bila teringat sesorg.. Hurmm.*****

UPDATE!!!

Salam buat semua. Hehehee.. Kebelakangan nih malas pula nak meng'update' blog. Maklumlah.. Sibuk nak final. Huhuhu. Kesempatan yang ada nih, Sa nak share la sket.


Berikutan dengan tanah runtuh yg menimpa penghuni Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, 22Mei lepas, pihak munsyid mengadakan lawatan ke tempat kejadian pada 27 Mei, kira semalam la.. Huhu.. Bertujuan utk ziarah n bg sumbangan derma buat mereka..


Sa teringin nak join. Jumpa mereka. tp, Sa jauh di sini. Smlm, Bro Nazri KTI dah upload gambar2 kat sana.. Masih sugul wajah2 mereka.. Alhamdulillah, kedatangan munsyid n yg lain meceriakan suasana..


Tiap kali Sa ingat tragedi tuh, mesti Sa terbayang gambar2 dieorg.. Sebak terasa. ALLAH sangat sayangkan dierorg. Insya Allah syurga buat mereka.. Semalam pun, Sa masih mimpikan diaorg. Xtahu kenapa. Ya ALLAH, rahmatilah mereka...


Urmmm.. 19 Jun nih ada Outing Photography ngan Bro Firdaus Maadi. Huhuhu. Antara photographer yang Sa suka hasil kerjanya.. Ngeh3. Rugi kalo xblaja ngan dia.. hahahaha. Tp, Sa pun xpegi program nih.. Ke handle orientasi pelajar baru..Kempunan la.. Huhu.:P Mesti dak2 KTI ramai nih.


Haaaa.. Program yg Sa nanti2 kan.. Huhuhu. Kau DiHatiku 4.. Huhuhu. Yg nih, Insya Allah Sa akan pegi kalau xde halangan. Hari first kuliah tuh.. Hahhahahaa..:P Ramai yg mennatikan kehadiranku nih.. Tetibe perasan. Huhuhu. Moga xde halangan untuk bersama mereka.. windu bangat!



Bulan nih kami dak2 KTI di beri 3 jemputan kawen. Nih abg2 KTI la yg nak kawen.. 30 Mei, Abg Qayyum.. 4 Jun, Abg Aliff n 11 Jun Abg Ahmad Zul.. Xdapat dtg semua. Insya Allah, Sa pergi kenduri Abg Aliff.. Hehehhehee.. Xsabar nak jumpa Huda!!! Ngeh3. Moga ALLAH permudahkan. 5 Jun pula, Insya Allah bowling ngan sahabat2 Nasyidfm.. Byk betul program. Huhuhu. Hajat doa buat semua.. Final start 30 Mei.. ^_^

KeranaMu Aku Menyayanginya

Salam.. Hehehhee. Bagi yang selalu follow blog Sa mesti dah agak pasal sape yang Sa nak share kan.. Hihihi. Sbb insan nih mmg selalu di ingatan n selalu jd bahan untuk Sa berceloteh. Ngeh3. Betul2 merindui dia.. Walupun bape hari xcontact pon, rindu tu tetap dtg.. Dialah antara insan yg memahami diri nih selaen sahabat2 terdekat yg laen. Dia juga kembar Sa n Si Sweet "Bangau Ohh.. bangau.." Sa.. Hihihi.. Kenapa "Bangau... Oh.. Bangau"? Adalah.. Kalau nak tau jugak, korek la blog nih.. Hahahaha. Tetibe.:P

Tiap kali diri nih rindu si dia.. langit jd tatapan Sa.. Huhu. Nak call selalu pon kdg2 xleh.. x dia busy, Sa yg busy.. Huhu.





Kehangatan kasihmu terasa di jiwa



Walau sekian lama tidak bersama



Tawa ceria dalam ingatan



Mewarnai lukisan hatiku






Kata azimatmu ku pahatkan



Buat diriku yang sering alpa



Juga yang mudah tersasar...






Duhai temanku,



Terima kasih ku ucapkan



Buatmu yang sudi melakar pelangi indah



dalam hidupku...






by: Aku yg ntah Pape:P



22/05/11



AHAD






~ Ngah duk layan perasaan ari tuh, tetibe jek berjiwang karat jap.. Hahahaa. Moga ALLAH sentiasa di hatinya.. Ya ALLAH, kau satukan hati kami ini sentiasa..

KeranaNya Cinta Kami Bertaut

Salam sayang buat semua.. Rindu berceloteh di sini..^_^
Alhamdulillah.. Sa masih diberi kesempatan utk berceloteh lg. Hehehehe. Kali nih Sa nak share lagi pasal mereka nih. Antara insan2 yg sentiasa melakar pelangi indah dalam hidup Sa.:D Mereka la.. Junior n sahabat Sa..

Berapa hari lepas, Sa bepeluang sama2 ngan mereka nih. Bersama ke Taman. Selalu kalau Sa ke taman mesti xcukup lima. Huhu. Alhamdulillah,kali nih, ALLAH satukan kami bersama di sana..

Ada sesuatu yang terjadi. Kenangan yang xakan dapat dilupa..n_n Ummu n Izzah maen badminton. Beberapa minit main, bulu tangkis melekat atas pokok. Guna selipar baling2 nak jatuhkan bulu tangkis tuh. Tapi xdapat. Alih2, selipar Sa jugak jadi mangsa. Huhuhu.

Baling punya baling.. Tetiba, selipar Sa pun melekat atas pokok. Dah la tinggi. Huhuhu. Menjerit Sa kat situ. Selipar ke-5 utk sem nih. Huhuhu. Macam2 cara buat. Terbayang jugak Sa mcm mana nak balik dlam keadaan berkaki ayam. Huhu.

Lama juga ikhtiar. Mcm2 ragam. Alhamdulillah.. Jatuh jugak.. Sempat jugak Izzah sujud syukur. Hahaha. Syukur.. Berkat kerjasama.

Syukur sangat dianugerahkan sahabat seperti mereka.. Mereka banyak mengajar diri nih akan kehidupan. tp Sa pulak banyak ajar benda yang ntah pape.. Huhuhu. MOga ALLAH lindungi mereka.. Kuatkan tautan kasih nih.. Syukran, Ya ALLAH!




Kami..


Usaha tanga kejayaan..
Baling!!!

Bersatu kita teguh..
Bercerai kita roboh!
(Bergegar pokok tuh.. Hahaha)

Kasut Cinderela baru mendarat ke bumi..:P


~ Sayang kalian kerana ALLAH!^_^

Jiao Shi Jie Kuai Le!!!

Salam.. Hehehhe. Selamat Hari Guru!!! Huhu. Dah masuk 16 Mei. Moga ALLAH merahmati mereka yang bergelar pendidik.. Hihihi. Selamat Hari guru juga buat sahabat2 Sa yg xjemu membimbing. Izzah, Ummu, Yana, Zati.. Xjemu ajar hafal doa walupun slalu xlepas... Huhuhu.:P n semua sahabat2.

Hehehhee.. Nih Sa buatkan hadiah utk insan istimewa.. Puan Harzun. Merangkap mama kami, pelajar AMITS. Bkn xmenghargai lecturer lain, tp.. rasa dekat utk beri hadiah nih pada puan. Lagi pun dlm klas puan selalu tegur Sa maen clay.. Hihi. Biar puan selalu igt Sa la..:P




Mula2.. Siap patung jek.




Tambah bunga..




Tambah love..





Dah masuk balang. Hihi.





Tenkiu jugak buat Izzah n Izzah sbb sudi tolong part bunga n love tuh.. Huhu. Tenkiu, tau!






SELAMAT HARI



GURU!!!






HAPPY TEACHER'S



DAY!!!






JIAO SHI JIE



KUAI LE!!!
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com