Computer Network Journey Part 1

Salam sayang buat semua. Hihihi. Kat sini, Sa nak share tentang lawatan Sa yang lepas.. Lawatan untuk student subjek network, COMPUTER NETWORK JOURNEY. Lawatan nih memberi sejuta makna buat Sa.. Amat2 bernilai. ok... Sa cerita yek. Mlm bertolak.. 21/03/2011(Isnin) Malam tuh, lepas maghrib, berkumpul di kolej. Solat isyak berjemaah.. Tp Sa adalah insan yg masbu'. huhuhu. Lepas solat, berkumpul di depan surau. Waktu tuh, sesi taklimat dari Tuan pengarah kita.. Si Mukram n Faris.. Waktu tuh, terasa juga bosannya sebab xada apa yang boleh dimainkan..(Eshhh.. Igt maen jek!). agak2 dalam pukul 9.30 malam, bertolak.. Huhuhu. Yeaahh! bas dah gerak! Dalam bas pun ada sedikit peringatan dari Big Bro kita.. Faris..(Xde la BIG sgt..:P) Kata2 yang paling Sa suka daripada Big Bro nih.. ENJOY! Yeaahhh.. Kita enjoy.. Hahahaa.. Maksudnya, No stress2.. No tensen2.. Pergi niat utk belajar.. Enjoy dengan belajar! Yeaaahhh! Tajdid niat.. hihihi. Bas pun jadi kecoh jek.. Meriah. Alaa.. Mcm iklan balik kampung tuh.. "Ooo.. Balik kampung.. ooo.. Balik kampung.." Eshh.. Diaorg menyanyi ke? Urmm.. Tak2.. Silap2.. Tp kira kecoh la.. Tambah lagi, pasang cerita Hantu Mak Limah Balik Rumah. Sa dah jemu tengok cerita tuh walaupun baru sekali tengok. Huhuhu. dah xde feel nak gelak. hahaha. tp Kawan Sa, Piroh... Ish3.. Semangat sangat dia gelak. Tapi tak apa lah.. asalkan dia hepi.. Hohoho. Pastuh Sa dah xsedar apa2. tertidur. Sikit2 berjaga tuh adalah tp xbanyak. 22/03/2011(Selasa) Pagi tuh, Sampai kat masjid negara. Subuh lagi tuh. Persiapkan diri.. Solat.. Mandi.. Pakai lawa2.. Cantik2.. Lepas semua siap, naik bas balik. Mula2 bincang nak mkn sarapan kat kedai atau mkn roti dalam bas jek.. Siswi nak mkn dalam bas tapi siswa nak mkn kat kedai. So, makan dalam bas je. Dalam bas edar2 roti.. air semua. Makan dengan hepinya.. hepikan bila boleh duk sama2. Seronok! Tiba2 Si Mukram Tuan Pengarah tuh cakap, kami berhenti makan. Aik.. Sarapan lagi ke??? Ikut je la.. Lepas settle semua, bersiap ke P1 Wimax.. hihihihi. tempat paling best! Seronok! Enjoy! kat P1 nih, Sa tahu macam2. Tak adalah macam2 sangat tapi macam2 lah juga sebab banyak tahu apa yang Sa xtahu sebelum nih. Hihihi. Sempat juga bergambar ramai2. Best sangat bila boleh pergi naik atas bangunan. tingkat paling atas. Boleh tengok microwave. eh.. ye ke nama tuh??? Apa2 je la.. abaikan kalau salah.. Kalau rajin, betul2kan..:D bila tengok kat bawah.. Fuhhh.. Bestnya! Tapi kalau org yang ada masalah mental, disarankan jangan naik atas. Nanti xpasal2 ada kes bunuh diri. Esh3. Tenkiu to Tika, Piroh, Pika, ayu.. jadi mangsa mainan Sa. Turun bawah, pergi bahagian Green Packet. Kat situ seronok jugak! Banyak merapu2 lah kat situ. tapi saat yg paling best bila dimotivasikan oleh Mr. Hizax..(ye ke mcm tuh eja? Ntah..:P) Asma' cakap muka dia mcm muka ayah la.. Cuma nih versi ayah gemok. Hahahaha.Tp ada jugak la gaya ayah. Walau apa pun, dia tetap bukan ayah. Hihihihi. Sa n Nida' berpeluang sembang panjang dengan Mr tuh.. Mmg best! Juga menguji Sa untuk speaking dengan lebih laju n bla.. bla... lah. Xtahu apa yang sa nak cakap.:P Mmg terpaksa speakinglah. Mmg best! Sampai Sa sendiri pun xsangka yang diri nih boleh speaking mcm tuh.. hahahaha. Poyo! Tenkiu, Mr. Hizax! Nanti kita jumpa lagi! Keluar daripada P1 wimax, jalan2... cari makan! Makan dekat Medan Selera.. Adehhh.. jemu den. tiap kali pergi KL selalu singgah sini. (Ye ke tiap kali? hahahaha.) pagi tadi pun kat situ juga. Tapi xapalah.. Dah rezeki ALLAH tentukan kat sini.. makan jelah. Banyak songehlah kau nih Sa! Romantik.. Makan dengan my beloved sis, Bhah. Berdua jek.. Xde org tengah.. Xde org kacau. hahahaha. Terus ke Celcom! Huhuhuhu. Waktu kat Celcom nih, Sa xberapa sihat. Sakit datang lagi. tapi bersabar. Xkan nak sedih2 kot kan. Semua nak hepi, So.. Sa pun nak hepi juga! Lawan2.. Sedang Sa lawan2 sakit tuh, ada juga kawan2 yang perasan Sa xsihat.. Mungkin sebab xdengar suara Sa memekak kot itu yang boleh perasan.. huhu. Nampak sangat suka buat bising. Di Celcom Sa xboleh tumpu sangat apa yang disampaikan. Tapi speaker yang ke-2 agak menarik perhatian juga. waktu tu dah sihat sikit. Alhamdulillah.. hihihi. Habis jek sesi berckap semua, sesi makan lah pula! Huh! tengok yang lain main telan jek. Alangkah indahnya kalau nikmat selera tuh ada. Tapi, xapa.. ALLAH bagi kurang selera sebab ada hikmahnya. Mungkin kalau Sa selera, abis semua makanan Sa telan.. hahahhaha. Balik ke homestay! Saat yang paling ditunggu2. Agak jauh jugak dari Celcom. Kat Ampang. Dah lupa nama homestay tuh. Hehehee.. Saat nih amat2 menarik! Bila Big Bro cakap jek, dah sampai.. Sa gegas nak bangun. Hihihi. Xsabar nak rehatkan badan. Ngeh3. Kesian badan Sa hari nih. Banyak bergerak.. tp Xapa.. Untuk tuntut ilmu jugak.. Bila bangun jek, Sa tertanya2.. Mana homestaynya??? Xada signboard pon. Xada sebarang tanda pun.. Mungkin Big Bro mengerti apa yg bermain dalam fikiran anak2 adam nih.. "Kita sudah sampai di homestay kita.. Homestay kita amat menarik. Serba-serbi ada..." Erm??? Hah??? Hahhahaa.. Amat2 terkezut.. bila dapat tahu homestay kami ala2 rumah kedai gitu. Hahahahaha. Ramai yang xdapat terima kenyataan. Tp bagi Sa, inilah kenikmatannya! Huhuhu. Balik, siap2 untuk dinner. Lama kemudian dapat tahu, dinner xjadi. tunda esok. Siap2 ke kedai makan. Balik dari kedai, ada sesi game. Di handle oleh Rusydan. amat meriah tp xpuas hati sebab siswa menang. Xaci! Alhamdulillah.. Muka2 yang dari tadi kelihatan penat, sugul.. Kembali ceria. Syukran, Ya ALLAH! kau berikan sahabat2ku kekuatan.. Selesai permainan, Sa dan AJK lain ada buat post moterm. Sesi nih, mcm2 ditimbulkan. tp Alhamdulillah.. Setiap yg ada memberi komitmen. Teringat akan kata2 Si Tuan pengarah, "Segala kebaikan datang daripada ALLAH.. Segala keburukan atas dosa2 kita sendiri.." Eh.. ye ke mcm tuh dia cakap?? urmm. lebih kuranglah! Hahahahaha. Maaf buat semua sebab Sa xbanyak membantu. Balik, tido!!! 23/03/2011(Rabu) Pagi tuh amat berdebar2. Pagi nih ke TM. TM nih kumpulan Sa yang handle. Amat2 takut kalau2 mengecewakan puan. Mmg banyak2 berdoalah pagi tuh. Tengah dalam resah gelisah tuh, tiba, Cik Asyekin yang urus TM call. Alhamdulillah... Xberdebar dah. Semangat balik! Sampai di TM, Sa tengok agak kelam kabut. Mungkin sebab kekurangan yang ada pada Sa.. Xmampu handle betul2. Terima kasih, Tuan Pengarah.. Sudi membantu. Masuk ke TM, keadaan agak ntah apa2 sikit. sebab Tak ada pun yang bahagian TM bersama2 kami pada asalnya. Dalam pukul 10.00, datanglah speaker TM. nama dia, Armi apa entah. Lupa2. Alhamdulillah.. Berlalu juga sesi di TM walaupun bagi Sa agak kurang memuaskan. Petang tuh ke Chow kit. Sesi jalan2. Ada yang ke Lowyat n ada yang ke Berjaya Times Square. Ermm.. waktu jalan2 nih, malas nak cerita banyak2.. Tp, tenkiu, to my friend, Am.. n Bro Sadiq.. yang banyak bantu sepanjang berjalan2 nih.. hahahaha. Banyak menyusahkan korg kan??? Hihihi. Itulah hobi sebenarnya.. Ngeh3. Balik ke homestay.. Hehehehe. Tenkiu, Kak Sue sudi temankan Sa n Tenkiu to Bro Sadiq too utk eskrem. Ngeh3.. Sori terpaksa ngepaw. tengok Kak Sue tungkus lumus siapkan dinner. Maaf, Kak Sue.. Sa xboleh tolong Kak Sue.. ALLAH uji diri nih lagi.. Tambah lagi, mengantok sangat2. Cukuplah Sa tolong Kak Sue basuh n siapkan ayam yek?(Berkira btol! Hahaha).. Sa tertidur kat tepi dinding. Penat sangat2. Bila sesi makan, pun Sa xsedar sebab makan dalam keadaan mata tertutup.( Macam sahurlah pulak..) Lepas tuh, sambung tido lagi.. Xtertahan sakit kepala yang ditanggung. Hihihi.. tp enjoy. Puan usik2 pun, Sa layan tido jek.. hahahahaa.. Tido sampai ke pagi! hihihi. Post moterm malam tuh Sa xjoin.. Maaf, sahabat2 semua.. 24/03/2011(Rabu) Hari last! Bangun paling lambat! Huhuhu. Pagi pergi ke Jaring! Seronok jugak. Pengurus dia sporting! Hihihi. banyak gelak. Mungkin sebab sebelum nih xada orang datang jaring kot.:P Seronokla dapat kenal fibre optic. Boleh tengok generasi fibre optic. Hihihihi. Xnak banyak cerita dah.. Huhuhu. Petang tuh sebelum pergi MDEC, jalan kat Alamanda. Mkn2.. Solat2. Xbeli apa2 pun. Cuma beli KFC utk alas perut. Dalam pukul 3 bertolak ke MDEC. Seronok kat sana! Huhuhu. Nampak aspek kerja. Comey kerusi2 dia. Warna-warni. Hihihi. Lama juga kat situ. Petang tuh, ke Mid valley.. Jalan2. Seronok. Beli buku sudoku lagi! Hihihi. pukul 9.00 malam bertolak balik. Naik bas terus tido. Xlarat dah. Terasa mcm terbang kat langit jek.. Huhuhu. 25/03/2011(Khamis) Sampai kat kolej sebelum subuh. Hujan lebat sangat. Huhu. tapi best! Nikmat. Cuma xboleh main hujan.. Hahahaha. Hajat nak tunggu hujan reda. Ramai siswi dah dihantar siswa ke rumah. Tinggal kami jek berapa orang. Alih2 buat keputusan untuk redah jek hujan. Terpaksa tapi nikmat... Sampai2 jek dah xlarat.. ALLAH uji lagi. Tapi apa pun, sepanjang lawatan, rasa nikmat sangat.. Sa semakin kenal kawan2 Sa. Makin rasa berat untuk berpisah. Mungkin org lain xrasa tapi, bagi Sa.. Amat2 berat. Terima kasih buat semua kawan2. Syukur sangat2 sebab ada kalian.. Terima kasih n tahniah buat AJK2 yg banyak bertungkus-lumus. Maaf sekali lagi, Sa xmampu bantu banyak. tapi, Sa amat2 hargai saat bersama korg.. Ya ALLAH.. Peliharalah mereka. n_n ~ Maaf entry nih agak ntah pape susunannya. Dah berapa kali ubah jadi ada paragraph tp[ tetap xmenjadi.. huhu.

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com