5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat

Salam semua.. Huhuhu. Kat sini teringin nak kongsikan sesuatu. Biasanya merapu jek keje Sa kan.. Haa.. Sini nak bagi peringatan la juga.. Sama2 kita berkongsi.

Nih khas insan2 yang mudah lupa terutama diri yang serba kurang nih..(Tetibe lak skema ayat..:P)



Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya."Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

1- "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada ALLAH, jangan memakan rezeki-Nya."

Mendengarkan itu, dia mengangkat keningnya seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki ALLAH?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

2- "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

3- "Andai kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin ALLAH tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan:

4- "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku."

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan ALLAH?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

5- "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada ALLAH." katanya sambil teresak-esak.

Apa yang dapat kita simpulkan kat sini.. Jangan sekali2 terlalu angkuh dengan maksiat yang kita lakukan.. Jangan juga pernah lupa, kita punya Hari Pembalasan. Sama2 kita cuba untuk jauhi laranganNya.. Fikir2kan..:D Moga ALLAH meredhai kita..

Sumber: Bro Iwan Melodi Hati

0 comments:

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com