5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat

Salam semua.. Huhuhu. Kat sini teringin nak kongsikan sesuatu. Biasanya merapu jek keje Sa kan.. Haa.. Sini nak bagi peringatan la juga.. Sama2 kita berkongsi.

Nih khas insan2 yang mudah lupa terutama diri yang serba kurang nih..(Tetibe lak skema ayat..:P)



Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya."Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

1- "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada ALLAH, jangan memakan rezeki-Nya."

Mendengarkan itu, dia mengangkat keningnya seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki ALLAH?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

2- "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

3- "Andai kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin ALLAH tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan:

4- "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku."

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan ALLAH?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

5- "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada ALLAH." katanya sambil teresak-esak.

Apa yang dapat kita simpulkan kat sini.. Jangan sekali2 terlalu angkuh dengan maksiat yang kita lakukan.. Jangan juga pernah lupa, kita punya Hari Pembalasan. Sama2 kita cuba untuk jauhi laranganNya.. Fikir2kan..:D Moga ALLAH meredhai kita..

Sumber: Bro Iwan Melodi Hati

Mengubat Hati

Salam.. Hehehehe.. Semalam ayah datang ostel.. Asalnya happy sangat tp... Sedih yg dapat. Huhuhu. Ayah dtg hanya kejap jek. 10 minit bersama. Nenek pon dtg.. Urmm. Terkilan sbb lepas ayah solat Jumaat kat masjid, xberitahu nak balik. Call pun bila dah bertolak.. Sedih sangat. Terkilan pun ada.. Nak tunggu datang sini lagi entah bila lah... Huhuhu... Abaikan! Ngah sedih2 tuh.. ubatla hati nih.. Hiburkan diri.. Mcm biasa.. kat mana lagi tempat Sa bawa diri kalo bukan kat Taman Tengku Anis.. Huhuhu. Izzah, Izzati n Ummu join sama.. Huhuhu..

Bila bersama, mcm nih la jadinya..



Seronok sangat.. rasa kurang jugak sbb ada yg xcukup.. Huhuhu. Insya Allah nnti leh kumpul semua.. Huhuhu. Rindu saat sama2.. Moga ALLAH pelihara ukhuwah nih... Urmm. Rindu Huda.. Bila boleh sama2 ngan Huda lagi agaknya.. MOga ALLAH panjangkan umur Sa, sihatkan diri Sa untuk sama2 ngan Huda lagi.. Hajat doa yaa..:D


Sayang kalian!


~ Mood xstabil..:(

Doa Makbul(^_^)

Salam.. Hehehhee. Apa habaq??? Huhu. tetibe lak loghat utara. Testing2.. Hihi. Meh nak cerita sket. Petang semalam, ada sesuatu yg btol2 mencuit hati Sa. Huhu. Ok2. cerita2. Petang semalam, Sa sakan menyakat adik2 junior yg amat rapat dengan Sa.. Adik2 junior merangkap sahabat Sa jugak. Asalnya Sa kenakan Nasuha. Sembur air yg ada daam belon ke tudung dia. Bkn sengaja yek tp atas dasar xsengaja n spontan. Huhuhu. Selepas tu, semua pakat2 nak kenakan Sa. Sa ari puas2 sampai sempuk2. hahaha. Padah berlari. Sa pun isi air banyak dalam belon untuk main2. Dah kembali 'damai' dengan diaorg. huhu. Sa pun duklah dengan Izzah n ****.... Dia xbagi nama dia femes. Huhu. Si **** nih ambil belon Sa tadi main2. Acah2 nak kenakan Sa.. Yelakan.. Nak pecahkan bagi kena Sa la.. Huhuhu. Sedang si **** asyik berangan bersama belon2 tuh, Sa n Izzah saing memandang n sama mengangkat tangan n seolah2 mengAMINkan sesuatu. Kami pun berborak amcam biasa.. Huhuhu. Tiba2... Argghh! Si **** menjerit! Hahahahahhaa. Belon pecah! Habis basah kain dia n sebelah stoking izzah pun basah. Tapi pada masa yg sama kami terkejut dengan suara jeritan ****, "Aaaaalhamdulillah!" Serentak bibir kami berucap berkelakuan seperti mengAMINkan doa.. Huhuhu. Gelak xberhenti2 Sa n Izzah sbb doa kami termakbul. Huhuhu. Xbaik2. Hahahhaa. Xbaik doa yg bukan2 kan.. Huhu. Kesian Si ****. Dalam keadaan sedih n terkejut tuh, Si **** berterus terang yg asalnya dia hanya mahu picit2 sebab geram xpecah2. Haaa.. tengok! Alih2 pecah kena diri sendiri! Hahahahhaa. Kesian dia. Sa n Izzah pun terus teranga juga.. Yg mmg kitaorg mendoakan belon tuh pecah kena Si ****. Huhuhu. Akhirnya pecah juga! Marahlah Si ****. Hahahhaa. Ini semua gara2 Sa n Izzah selalu cakap pasal doa makbul. Huhu. Ada kisah tersendiri. tp Xbaek kan doa yg xbaek. Huhuhu. Maaf buat ****. Hihihihi. Tapi seronok jugak.:P

~ Tahniah buat Abg Amin n Kak Yanti dapat baby baru! Anak ke-3. Huhuhu. Muhammad Affan
Al-Amin. Moga cepat sembuh ya, adik baby.. Nanti leh kita jumpa!

Berminat??? JOM!!!

Bagi mereka yg berminat, rebutlah peluang nih.. Maaf agak lambat mempromosikan.. Huhu. Masa masih ada!

Computer Network Journey Part 2

Hehehehehe.. Nih hanya untuk tatapan jek. Gambar2 Sa lawatan hari tuh.. Kenangan2.


Baru sampai kat P1 Wimax.. Peace!!!


Teruja tengok.. hahahaha.


Haaaa.. Nihla Mr. Hizax..
Ada gaya muka ayah ke??? Huhu.


Ini 3 anak teruna sibuk nak bergambar..


Antara koleksi modem P1..
Dalam Green Packet nih.


Beramah mesra..
Sporting gak dierorg! Suka2!!!


Agak keletihan..


Nih speaker merangkap lecture kat waktu lawatan..
Hahhahaa.


Mkn malam di Reshoran Sharaj..


Sesi main2.. Teka-teki!


Nih bergambar bersama En. Armi.


Pak cik pengurus nih mmg sporting!
Byk gelak.. Hahhahaha.


Fiber Optic.. Nih generasi ke brp ntah. Tebal..


Kaedah terbaru fiber optic.. Halus n nipis.


Sebelum keluar dari jaring.

Sakan...

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com