UjianMu Sentiasa Untukku ^_^

Assalamualaikum.

ALLAH Maha Tahu disebalik kejadian kan? Begitu jugak dengan keadaan Sa sekarang. Semalam buat keputusan untuk ke HKL setelah hampir sakit sendi n demam malam. Pada mulanya doktor suspek denggi tapi selepas ujian darah, doktor minta Sa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut. Salah satu sebab, kekurangan sel darah merah atau dikatakan anemia.

Sebenarnya, Sa memang sudah lama tahu tentang tuh tapi kali nih kata-kata dari doktor agak merisaukan. Berkemungkinan kearah buruk jika tidak dirawat. Ditambah lagi dengan keadaan diri Sa yang sememangnya lemah. Masalah usus dan jantung. 

Sa cuba mintak MC untuk kelas semalam. Doktor tak bagi sebab Sa perlu ditahan wad dan doktor akan keluarkan surat pengesahan sekiranya Sa masuk wad. Dalam hati hanya ALLAH sahaja Maha Tahu apa yang dirasa. Berkali2 bodek tak berjaya jugak. Sa buat keputusan untuk lari sahaja. Tapi alhamdulillah kebetulan sebelum tuh doktor sudah siap tulis senarai nama ubat Sa terus pergi ke farmasi tapi perlukan pengesahan pakar untuk luluskan ubat. Padah degil!

Tak lama kemudian, pakar luluskan. mungkin dia mengerti gelora jiwa ini. Huhu.. Assignment sangat banyak.. Projek perlu disiapkan. Khamis presentation. Macam2 yang mengganggu. Lagi2 jauh dari Mak ayah. Risau jika menyusahkan kawan2. Alhamdulillah, lepas untuk dapatkan ubat. Moga Sa tak silap langkah.


Hajat doa dari semua. Sa pun doakan kemudahan dalam urusan hidup kalian..^_^

1 comments:

herm..diri ini yg lemah said...

jangan lupa makan ubat... jangan muntahkan plak..hahahah..

 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA