Dengan keadaan sekarang, jujur Sa katakan... Sa xmampu untuk bergembira cam sbelum nih. macam hal bermain di fikiran.. Mcm2 juga yg mengganggu hati nih. Ya ALLAH.. Kadang2 ada keluhan yg terpaksa dilepaskan.. Bukan merungut akan UjianMu tp melepaskan apa yg dirasa.. Sa redha.. Redha segalanya..
Kau telah datangkan 4 org insan dari kaum Adam untuk menguji hati ini.. Untuk melihat setebal manakah imanku padaMu.. Hati ini pasrah tp sakit Ya ALLAH... Sakit... Tp diri nih sedar..Di sebalik kesakitan n keperitan yg dirasa ini terselit 1000 kemanisan... Insya Allah kemanisan itu akan dirasa andai diri ini kuat menghadapi..
Sa xtahu apa yg patut Sa buat.. Hanya berdoa padaNya.. Keadaan sekarang memaksa Sa untuk menjauhi kebanyakan kawan2 lelaki. TERPAKSA. Tiada siapa yg Sa nak tambahkan beban utk merasai apa yg di rasa walaupon hanya dengan bercerita. Ramai yg bertanya.. Knp Sa sekarang dah lain??? Lainkah??? Urmmm.. Yup. Sa akui. Masa bersama kawan2 dah berkurang. Masa byk di habiskan bersendiri.. Menulis n melukis... Mungkin juga makin pentingkan diri.
Walau berat pun, harus hadapi dgn tenang. Sabar sentiasa. Skrg, Sa semakin sibuk. Hari nih alhamdulillah dah berjaya adakan Jamuan Ukhuwah Fillah KAFAH. Mungkin ada hikmah ALLAH beri kesibukan nih pd Sa.. Mungkin untuk Sa kurangkan berfikir soal masalah2 yg berlaku skrg. Td pun ada meeting ngan Pak cik Abdullah Sudin(KE). Sa dihantar ke 1 program Kem Kepimpinan Mahasiswa Berintegriti 2010. Bersama student UMK di Bukit Keluang, Besut. Moga ALLAH permudahkan segalanya..
Tp Masih banyak hal yg blom settle.. n Mcm2 program yg bakal menyusul. 15hb Konsert Mahabbah Gaza di UniSZA bersama Abg Muadz n Pak cik2 ShouHar. Sori buat Alia... Sara xleh join awak.. Tenkiu, Pak cik Asep n Pak cik Candra ShouHar atas nasihat2 itu.
14Oct-16Oct--> Kem Kepimpinan Mahasiswa Berintegriti di Besut.
14Oct--> Test Math 5 n Database
15Oct--> Debat IPT
16Oct--> Debat di USM
18Oct--> Hantar Laporan Lab PSK
18Oct--> Test PSK
21Oct--> Hantar kertas kerja '3K'
22Oct--> TOT KAFAH
23Oct--> Program Perantau
26Oct--> Jamuan KPK
28Oct--> Akhir kumpul bahan utk Cakna Hati
30Oct--> Khidmat Masyarakat Anak Yatim
Alhamdulillah untuk Majalah HALUAN, dah settle kerja. Hajatnye nak balik umah hujung minggu nih. Xnak terlibat apa2 program. Tp terpaksa batalkan hajat tuh.. Hujung minggu nih masa dihabiskan dengan aktiviti juga. Belum pernah merasa 'free' dihujung minggu.. Hehehe. Redha akan kesibukan n tanggungjawab yg diberikan. Kesibukan yg mengurang keresahan dihati... Tp Apa pun, Sa teringat akan kata2 Sir Irwan ptg td.. " Pemimpin perlu dihasilkan. Pemimpin yg baik bukan hanya pandai berkata2 tetapi mampu menghalang diri dari fitnah.." Moga ALLAH pelihara..