FUN WITH CLAYS Edt. 2

Assalamualaikumpada semua.. Hehehe.Kali nih tak adaapa sangat yang nak di share. Just nak tunjuk hasil kerja bila kebosanan. Hasil kerja ke??? Huhuhu.. 


Snow Man^_^


Carrot!


Ada gaya monkey x???:P


3 sahabat.. 1 Malaysia kot:P


Luv U!!!Hehehee.:D


Macam biskut plak:P


Nyum2. Eskrem^_^


Weeek!:P


Mr. Krabs..Hahahahaa.:P

Nihlah hasilnya.. Buruk kan? Biarlah.. Asal enjoy.. Hahahaa. Haaa... Kalo nak tengok hasil yang sebelom nih, bleh tengok kat sini^_^

Sekian,Terima kasih.:D

Buat Dia Bintang Hati

Assalamualaikum.. Kembali lagi di sini. Alhamdulillah. Syukur.^_^

Kat sini, Sa nak share hasil karya Sa je laaa.. Semalam tengah boring2, tiba2 teringat ayah. So, terus buat. Hajat nak buat lagu tp tunggu la ntah bila. Hehehehee..

BINTANG HATI

Dia menyayangiku setulus hatinya
Cintakanku segenap raga
Membahagiakan sentiasa
Walau dirinya sering kali terluka

Namun tak pernah ku hargai
Setiap pengorbanan yang diberi
Kerana hanya memikirkan keinginan diri

Kini ku sedar
Ku merindui belaian kasihnya
Betapa dalam cintaku kini
Hanya dia bintang di hati

Ya Tuhan
Sampaikan rasa hati ini
Untuk dia turut mengerti
Diri ini akan terus berbakti
Pada dia bintang hati

Berikan rahmatMu Ilahi
Lindungi tiap langkah pergi
Agar dapat dia ku bahagiakan
Ayah yang amat ku cinta..

Tinta kasih,
Sarah Anak Ayah
28/04/12
10.45 pm




Lukisan nih Sa buat untuk ayah. Tahu lukisan nih tak cantik+buruk+hodoh. Tapi nak buat jugak sebab waktu nih tangan sedang gatal maen water colour.^_^

Ku Lepaskan Harapan

Andai mampu aku luahkan
Apa yang menyelinap dihati kecilku
Akan ku tuturkan segalanya
Dengan sejelas yang diinginkan

Namun tak bisa aku lakukan
Hanya diam membisu
Kata terbiar kaku
Bersama hati yang beku
Maafkanlah
Bukan keinginanku mengabaikan kehadiranmu
Bukan niatku menanti yang lebih sempurna
Tetapi kerana aku hanyalah seorang gadis
Yang penuh kejahilan
Sukar untuk aku terus berharap
Kesalihanmu menjadi tempat bimbinganku
Agar dapat ku persiapkan diri
Untuk sama-sama ke JannahNya nanti
Tetapi segalanya hanya impian dan harapan
Mungkin kini aku harus terus sendiri
Dan menyedarkan diri
Kejahilanku tidak melayakkan diri
Akan ku lepaskan harapan itu
Dan ku kan terus membaiki diri untuk redha Ilahi
Kau ku doakan
Berbahagia bersama si dia yang tepat
Juga kesalihanmu terus bertambah bersama redhaNya

Hasil: Sarah
Tarikh: 10/04/11
* Dilarang copy tanpa kebenaran.

Kuatkan Hamba

Assalamualaikum pada semua.

Hihi. Sangat lama tak update blog kan? Sekarang dah mula sibuk dengan assignment. Sem nih hanya ambil 2 subjek. Alhamdulillah. Tapi memang wajib skor. Semalam Sa kena siapkan 10 design poster untuk tema Discover KL Discover KLMU. Alhamdulillah, siap. Sekarang hanya fokus untuk siapkan design laen plak.

Kat bawah nih hasil lukisan orang layan perasaan dan tahan mengantuk. Sangat buruk tapi Sa akan improve lagi dengan melukis menggunakan mata yang segar. Hahhahaa. Dah lama tak melukis pemandangan. Hanya minat melukis kartun sahaja selama nih.


Sekarang pun dah mula aktif tulis lirik lagi n jinak-jinak buat melodi. So, banyak benda boleh buat bila bosan atau stress. Huhuhu. Menulis pun sekarang dah kurang untuk novel. Ntah bila boleh siap, kan? Hehehehee. Malam nih, masa dihabiskan dengan maen gitar dan try belajar ilmu baru.


Kat sini amat terasa diri nih perlukan santapan rohani. Hati terasa kosong dah lama tak diisi. Banyak sangat ujian. Harap diri nih kuat selalu. Tambahan lagi, ALLAH memang letakkan Sa ditempat yang tinggi untuk di uji bagi Sa. Haahahaa. Apa pun, Sa akan jaga diri dan hajat doa dikuatkan.
Tetibe terasa rindu pula pada KTD. MOga terus istiqamah^_^
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com