Selamat Hari Lahir, Sayang2ku..

Salam ukhuwah buat semua. Apa khabar? Ada yang sambut ulang tahun hari nih? Mesti adakan.. Selamat Hari Lahir, Sa ucapkan.. Moga ALLAH berkati. Hehehe.

Hari nih, 24 Sept 2011.. Birthday adik Sa yang ke 4.. Ainaa Solihah.. Selamat Hari Lahir yang ke-16. Buat elok2 untuk PMR. MOga ALLAh beri Enaa kebahagiaan n ceria selalu.


Semalam, 23 Sept ialah birthday anak saudara ipar Sa.. Fuhh.. Jauh tuh ikatan. Hahahaha. Tapi dah macam anak saudara Sa sendiri. Balik hari tuh jaga Tok hari tuh tak sempat2 jumpa dia. Aniq..

Selamat Hari Lahir, sayang. Moga Aniq jadi anak yang soleh. Semalam Kak Diah mesej gtau nak buat majlis hari jadi untuk Aniq. Seronoknyee.. Tapi kesian Achik Sarah kat sini xboleh join sama2 Aniq.. Pe pon, Moga ALLAH pelihara Aniq selalu..


Selamat Bertunang

Salam.. 

Selamat Bertunang buat kakak Sepupu tercinta, Kak Sakinah atau Sa panggil Kak Sa.. Hehehe. Alhamdulillah.. Selamat menjadi tunangan orang. Moga ALLAH berkati segalanya.. Sa tak dapat join majlis pertunangan tuh sebab jaga nenek kat hospital tapi malam sebelum tuh sempat tengok persiapan yang ada.. Syukur.. ALLAH murahkan rezeki buat Kak Sa.. Cepat2 dirikan rumah tangga yek.:D


Perkahwinan Junior

Salam buat semua.. Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk berkongsi lagi di sini. Sa baru jek balik dari Terengganu petang semalam. 5 hari cuti jaga nenek di hospital. Nenek masih kritikal. Hajat doa yek..

Hari Khamis lepas, 15 Sept, Sa singgah ke rumah junior sekolah  Sa dulu.. Junior SMAKL. Amirah namanya.. Hari tuh ialah hari perkahwinan dia.. Sempat berjumpa n amik gambar dia n suami. Amirah skrg berumur 19 tahun. Sama umur dengan adik Sa, Latifah. Dulu diaorg sama kelas la..

Buat Amirah, Tahniah n moga ALLAH berkati Amirah dan suami.. Jadi Isteri solehah yek.:D

Junior dah langkah bendul.. Senior bila pulak?:P Nanti kita lihat Senior mana pula.. Huhu. Pe pon, Moga ALLAH permudahkan setiap urusan mereka...


Raudhah KTD

Salam ceria buat semua.. Hehehee. Apa khabat kalian? Moga ALLAH beri kesihatan yg baik buat semua. Kali nih, Sa teringin nak share pasal kerja baru Sa.. Hehehee. Jaga adik2 di Raudhah KTD. Dari Selasa lepas lagi.. Sangat seronok n sangat bahagia. Huhuhu.

Bila duk kat Raudhah, baru Sa nampak.. Kerja jaga budak nih bukan senang. Huhuhu. Agak susah jugak. Dalam Raudhah nih ada 9 org yang berumur 1 hingga 4 tahun. Seorg baby 2 bulan n seorg baby 5 bulan. Fuhh.. Nak jaga 9 org yang dah "berkaki" tuh bukan senang. Banyak menguji kesabaran. Alhamdulillah.. Banyak Sa belajar.


Yang nih adalah Rasyid. Hehehee. Mula2 dia tak ngam sangat dengan Sa. Memilih. Hahaha. Almaklumlah, tak pernah kenal siapa Sa. Alhamdulillah.. setengah jam bersama, bleh duk sama2. Main sama2.. Agak mendengar cakap jugak. Tp kalau dtg perangai tuh, tak boleh buat apa jugak. Huhuhu. Masih pelat tp amat pandai. ABC semua tahu.. Mudah kenal huruf2. Agak mudah terima apa yang diajar. Sangat sukakan baby. Pantang jumpa baby mesti nak cium.


Haaa.. Ini Afeefah.. Feefah. Hehehehee. Sangat ceria tp........ mesti berhati2 dgn si kecik nih. Dia ada kelebihan yang laen xde.. Apa dia? Huhu. Gigi. Ngeh3. Bisa menggigit siapa pun bila rasa diri terancam. Hahhaa.. Ntah pape ayat. Hampir semua adik2 di Raudhah dah merasa gigitan Feefah nih. Tajam gigi dia. Tp, nakal2 pun.. sangat baik. Selepas menggigit atau selepas buat orang nangis, dia akan datang kat org tuh utk bermesra balik. Mungkin tanda Maaf. Huhuhu. Feefah.. Feefah..


Ini Yusuf! Adik Yusuf.. Sa panggil dia Si Hensem. Huhu. Biar hensem macam Nabi Yusuf. Suka senyum. Berjalan pun masih terhuyung-hayang. Kadang2 jadi kesayangan adik2 di Raudhah.. Huhu. Jadi anak yang soleh ya, Yusuf.. Si Hensem Yusuf.:D


Umar.. Umar nih memang dah biasa dengan Sa. Sebab waktu Sa kat ostel dulu memang selalu main dgn Umar. Selalu buatkan rigami untuk Umar. Tapi skrg, Sa panggil Umar dengan Panggilan Abg Umar sbb Umar paling besar dalam Raudhah. Umar nih jugak abg kepada Si Hensem Yusuf..:D


Ini Hanif.. Hanif nih agak manja. Asyik nak berdukung. Tapi, mudah baik dengan orang. Kecik lagi. Baru pandai berjalan. Comel kan? Hehehehehee.

Ada lagi yang xde dalam gambar nih.. Balqis. Balqis sepupu Feefah. Balqis nih pun kena jaga2. Hehehee. Tangan dia laju jek nak cubit orang. Pantang silap sikit. api dialah yg selalu jadi mangsa gigit Feefah. Hehehee.. Waktu hari Sa mula2 masuk tuh, tangan dia kena gigit. Siang tadi lak, telinga dia.. Huhu. Macam2.. Feefah.. Feefah..:D

Kemudian, Thaqif. Thaqif nih agak pendiam n manja. Asyik ingat ibu dia jek. Huhuhu. Tapi lama2 dia boleh jugak join yang lain main. Thaqif tak banyak karenah n sayang baby jugak.:D

Seterusnya, Hayati atau Yati... Hehehhee. Si kecik nih sangat2 comey. Cuba bayangkan Dora Explorace yang realiti.. Hehehhee. Macam tuhla Hayati. Comey kan? Hehehee.. Pipinya tembam. Sangat comey. Geram tengok. Huhu. Tapi Yati suka buat hal sendiri. Mungkin sebab dia antara yang paling kecik. Kadang mudah menangis bila berdepan dengan org yang dia tak kenal. Huhu. Susah nak kena culik..:P

Yang terakhir, Humaira.. Sa baru jek dgn Humaira nih. Sbb mula2 Sa masuk da takde sebab jintungan. Kesian habis 1 badan. Tapi baik jek. Hehehehee.

Yang baby lak, Rusydan, 5 bulan. Huhuhu. Nih, kalo terkejut tdo, mesti susu.. Tak susu, nak mkn bubur. Kalo makan mesti banyak.. Lambat sket suap, mesti mengamuk. Huhuhu. Yg 2 bulan tuh, Khadijah. Anak kedua Abg Kemi n Kak Zah.. Comey.:D

Banyak Sa belajar dari dierorg.. Huhu. Kanak2 nih penuh dengan kasih sayang. Sangat bahagia bila duk bersama. Pernah sekali, Sa datang nak bagi makan. Semua berkumpul keliling Sa. Suap sorg2 mengikut giliran.. Tiba2, Yati bangun seolah mengalah bagi yang lain makan... Serabut berebut2 kot. Hahahaa. Banyak kali Sa panggil ajak makan lagi tp dia berdiri di penjuru dinding. Tiba2, sorg2 bangun pergi kearah Yati. Dalam hati risau jugak kalo2 gaduh ke ape..

"Ati.. mkn asik.." Feefah tarik tangan Yati. Balqis pun capai sebelah lg.. n yg lain pon beriringan berpegangan tangan.. Yati datang dengan senyuman ceria.. Huhuhu. Mulianya mereka nih..

Petang tadi pun agak terkejut+terkesima+terkejut Sa.. Rasyid datang paut leher Sa.. Terus berdepan dengan Sa.. "Ummi.. Ummi..." Erkk! Ummi?? Rasyid panggil Sa ummi.. Huhuhu. Dia tatap jek muka Sa.. Tak lama tuh, mulut dia cium dua2 pipi n dahi Sa.. Hahhahaa. Terharu pon ade.. Bertambah sayang Sa.. Hahhaa.

Betullah kan.. Bila duk ngan budak2, masalah pun hilang.. Moga ALLAH pimpin adik2 tuh semua... Moga ALLAH berkati diaorg..:D

~ Gambar: Fb Amirah Rosdi:D

MUSLIMAH

Salam ceria buat semua.. Kat sini Sa nak share satu lagu.. MUSLIMAH. Dari Akhi Nazrey Johani. Buat tatapan semua terutama insan yang bergelar Muslimah.^_^


Oh muslimah
ALLAH cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah
Kau telah dilahirkannya
Dengan mulia.

Subhanallah
Tuhan telah berkati
Wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi
Dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

*Ulang Perenggan 2

Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah
Indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati ALLAH

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu
Dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

*Ulang Perengan 3

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Sama2 kita berdoa moga2 kita sama2 menjadi muslimah sejati.. Huhu. Tahniah buat Abg2 KTI, Bro Husaini n Bro Safa.. Menjayakan video nih. Moga mendapat berkat dariNya.. Ameen.:D

Syawal

Salam Syawal n Salam ceria buat semua. Dah lama tak update blog. Hehehee. Cuti raya lah katakan. Ngeh3.:P Dengan kesempatan yang ada nih, masih ada peluang n masih tak lewat untuk Sa ucapkan Selamat Hari Raya buat kalian semua kan.

Baru berkesempatan untuk update blog. Hehehe. Bagaimana Ramadhan kawan2? Bagaimana pula Syawal nih? Sudah puasa 6? Hehehe. Sa pun baru nak start puasa. Jom lah sama2 puasa 6.:D

Alhamdulillah.. Cuti raya hampir 2 minggu. Betul2 sayang mahu lepaskan cuti. Tambah2 dapat bersama2 dengan Si Tecit, Nur Arissa Humaira. Raya kali nih raya first bersama anak saudara n kakak ipar. Ngeh3. Sangat seronok!

Raya kali nih masih tak lengkap family. Abg Ab masih jauh di sana. Insya Allah bulan 11 nih akan pulang ke Malaysia. Selesai tunaikan fardhu haji ke baitullah.:D


Raya kali nih rasa sedikit kehilangan. Hehehee. Hanya ALLAH jek yang tahu. Raya kali nih pun tak banyak berjalan raya. Hihihi.

Alhamdulillah.. Syukur. ALLAH masih beri kesempatan untuk beraya.

MOga ALLAH berkati kalian..^_^
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com