UjianMu Sentiasa Untukku ^_^

Assalamualaikum.

ALLAH Maha Tahu disebalik kejadian kan? Begitu jugak dengan keadaan Sa sekarang. Semalam buat keputusan untuk ke HKL setelah hampir sakit sendi n demam malam. Pada mulanya doktor suspek denggi tapi selepas ujian darah, doktor minta Sa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut. Salah satu sebab, kekurangan sel darah merah atau dikatakan anemia.

Sebenarnya, Sa memang sudah lama tahu tentang tuh tapi kali nih kata-kata dari doktor agak merisaukan. Berkemungkinan kearah buruk jika tidak dirawat. Ditambah lagi dengan keadaan diri Sa yang sememangnya lemah. Masalah usus dan jantung. 

Sa cuba mintak MC untuk kelas semalam. Doktor tak bagi sebab Sa perlu ditahan wad dan doktor akan keluarkan surat pengesahan sekiranya Sa masuk wad. Dalam hati hanya ALLAH sahaja Maha Tahu apa yang dirasa. Berkali2 bodek tak berjaya jugak. Sa buat keputusan untuk lari sahaja. Tapi alhamdulillah kebetulan sebelum tuh doktor sudah siap tulis senarai nama ubat Sa terus pergi ke farmasi tapi perlukan pengesahan pakar untuk luluskan ubat. Padah degil!

Tak lama kemudian, pakar luluskan. mungkin dia mengerti gelora jiwa ini. Huhu.. Assignment sangat banyak.. Projek perlu disiapkan. Khamis presentation. Macam2 yang mengganggu. Lagi2 jauh dari Mak ayah. Risau jika menyusahkan kawan2. Alhamdulillah, lepas untuk dapatkan ubat. Moga Sa tak silap langkah.


Hajat doa dari semua. Sa pun doakan kemudahan dalam urusan hidup kalian..^_^

Rehlah Wardah Ukhti NasyidFM

Assalamualaikum buat semua. 
Di sini cuma mahu kongsikan tentang program terbaru NasyidFM yang dianjurkan oleh Ukhti NasyidFM buat julung kalinya. Program ini diberi nama Rehlah Wardah Ukhti NasyidFM. Rehlah ini juga adalah untuk memperkenalkan Ukhti NasyidFM disamping mengeratkan silaturahim antara ahli dan para pendengar NasyidFM.

Antara aktiviti yang di adakan ialah 'Aku, Kamu Berbeza?', ' Sama Tapi Tak Serupa', 'Clean & Clear' dan 'Berhati-hati Dengan Hati'. Sangat banyak perkongsian dan ilmu yang diperoleh. Tak mampu untuk berkongsi panjang lebar.. Kesuntukan masa dan agak tak sihat. Di bawah ada gambar untuk perkongsian. ^_^


Rehlah Wardah Ukhti NasyidFM


Khusyuk...


Sesi perbincangan...


Mendengar n memerhati itu lg baek :P


Terima kasih pada yang menghadiahkan.
Saya dapat hand cover.
Tak pernah pakai tp terima kasih. Akan pakai!^_^


Kami..

~ Bila duk dalam program nih, terasa rindu pada Abg2, kakak2 n sahabat2 KTI. Rindu saat bersama =.=

Hanya padaMu



Ya ALLAH,
Gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian
Di tempat kedukaan  dengan kegembiraan
Dan
Di Tempat ketakutan dengan keamanan...
Hanya padaMu hamba berserah...
Hanya padaMu...

Berakhir Semester 2

Assalamualaikum...
Hari nih, 02/09/12.. berakhirlah semester dua Sa. Semua perasaan ada. Bercampur baur. hepi+risau. Hepi sebab lapang dada.. Tak payah fikirkan nak exam tapi terfikir2 natijah yang bakal Sa dapat. Moga ALLAH permudahkan segalanya.^_^


Bersama Shafiq, Hafiz, Aida n Fina


Farah pun ada!

Ini semua rakan sekelas Sa. Kelas Element Of Graphic Design. Sa dah buat transfer kredit. Doakan Sa dapat habiskan belajar dalam 2 tahun setengah. Ameen.:D

ONLY HIM


HE guide me...
He is always watching every step that i take.
Even a lot of tears that have been coming out from my eyes...
Only HE knows about that. Only HIM...
I believe that HE always listen to me...
Listen to what my heart says...
Only at HIM..:')


Cerialah..^_^



Ceriakan wajahmu dengan cahaya bahagia...
Seakan cerianya bintang-bintang yang menari 
di langit angkasa...

~ Moga terus kuat! Senyum.. Sebagai tanda kau kuat menghadapi ^_^

Aidilfitri 2012 bersama Si Tecit

Assalamualaikum buat semua. 
Sangat lama menyepikan diri. Terima kasih pada yang prihatin bertanya soal blog ini. Huhuhu. Ada jugak yang merindu :P

Sebenarnye hati memang sellau tergerak untuk menulis di sini, tapi ALLAH tak mengizinkan dengan pelbagai hal yang menghalang. Sekarang pun, Sa dah menghampiri hari-hari akhir untuk semester 2. Sangat sibuk. Hari ni hari pertama final exam. Hajat doa ya untuk 2 lagi paper pada 1 dan 2 Sept.

Sebelum terlupa, Sa mahu mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Moga ALLAH merahmati semuanya. Aidilfitri kali nih terasa hambar. Bukan tak bermakna tapi agak suram kerana tahun nih, beraya tanpa nenek dan mak saudara yang dipanggil Ummi. Ngam2 raya nih, Si Tecit Arissa dah boleh berjalan. Seronok!

Sepanjang raya, hati ni tak berapa nak tenteram sebab fikirkan final exam. Tambah lagi masih diuji dengan kesihatan yang kurang. Tapi Sa bersyukur sebab masih mampu menghadapi. Doakan Sa selalu. Moga ALLAH berkati kalian.

Arissa yang semakin membesar. Sangat jauh berbeza ngan Arissa beberapa bulan yang lepas. Sekarang dah semakin pandai. Achik Sarah selalu kacau dia kasi dia tension. Huhuhu. Hobi2. Moga terus ceria, sayang!


Arissa beralan di Taman Tamadun Islam.


Bersama basikal comel


Hari raya pertama.
Berusaha kutip duit!

Sekadar berkongsi sedikit. Sebelum nih terfikir untuk tutup blog ni sebab asyik sibuk je. Bersawang blog. Tapi fikir balik, sayang pula. Dah bertahun2. Insya Alah, bila berkesempatan, Sa akan kemaskini blog n buat perubahan. MOga ALLAH permudahkan..^_^

Seremban May 2012

Assalamualaikum.. 
Salam sayang buat semua. Lama tak berceloteh kat sini. Sa pun macam dah tak endah dgn blog nih. Kesian blog nih. Sekarang, Sa dah berjaya abeskan sem 1 di KLMU. Alhamdulillah. Semalam, 21 Mei 2012 Sa exam n selamat selesaikan presentation final project Image Manipulation Application dengan baik. Alhamdulillah, dapat pujian dari miss:P Syukur.

Jumaat lepas, Sa ikut budak bilik Sa, Hawa balik ke Seremban bersama Farah. Rumah kakak dia yang sulung. Kami panggil kakak tuh Along. Suka sangat2 dan sangat2 happy berada di sana. Tepatlah dengan niat Sa nak pergi untuk tenangkan diri. 

Bertolak petang sampai dalam pukul 9malam di rumah Along. Di sambut mesra oleh Along dan anak2nya. Keesokkan hari, ikut Along pergi kenduri di Seremban 2. Kenduri belah keluarga Abang(Suami Along).


Nih gambar waktu balik dari kenduri. 
Bersama Along dan Abang.

Along selalu masakkan makanan yang sedap2.Huhuhu. Sangat meraikan kedatangan kami. Hari Ahad, hari last bersama Along. Pagi tuh, belajar gubah buah. Hehehehe. Sangat best. Taklah kekok sangat sebab seolah2 melukis atas buah jek:P


Tekunnya..:P


Abang dan adik(anak Along) perhatikan Sa kot2 pisau makan tgn:P


Inilah hasilnya!

Hehehehe. Hasilnya taklah cantik sangat sebab diri ini budak baru belajar. Tapi sangat suka n sangat seronok. Lepasnih bolehlah buat hobi baru. Huhuhuhu. Terima kasih Along atas segalanya. Insya Allah, akan datang lagi. Kawan2 nak cuba? Cubalah sendiri^_^

FUN WITH CLAYS Edt. 2

Assalamualaikumpada semua.. Hehehe.Kali nih tak adaapa sangat yang nak di share. Just nak tunjuk hasil kerja bila kebosanan. Hasil kerja ke??? Huhuhu.. 


Snow Man^_^


Carrot!


Ada gaya monkey x???:P


3 sahabat.. 1 Malaysia kot:P


Luv U!!!Hehehee.:D


Macam biskut plak:P


Nyum2. Eskrem^_^


Weeek!:P


Mr. Krabs..Hahahahaa.:P

Nihlah hasilnya.. Buruk kan? Biarlah.. Asal enjoy.. Hahahaa. Haaa... Kalo nak tengok hasil yang sebelom nih, bleh tengok kat sini^_^

Sekian,Terima kasih.:D

Buat Dia Bintang Hati

Assalamualaikum.. Kembali lagi di sini. Alhamdulillah. Syukur.^_^

Kat sini, Sa nak share hasil karya Sa je laaa.. Semalam tengah boring2, tiba2 teringat ayah. So, terus buat. Hajat nak buat lagu tp tunggu la ntah bila. Hehehehee..

BINTANG HATI

Dia menyayangiku setulus hatinya
Cintakanku segenap raga
Membahagiakan sentiasa
Walau dirinya sering kali terluka

Namun tak pernah ku hargai
Setiap pengorbanan yang diberi
Kerana hanya memikirkan keinginan diri

Kini ku sedar
Ku merindui belaian kasihnya
Betapa dalam cintaku kini
Hanya dia bintang di hati

Ya Tuhan
Sampaikan rasa hati ini
Untuk dia turut mengerti
Diri ini akan terus berbakti
Pada dia bintang hati

Berikan rahmatMu Ilahi
Lindungi tiap langkah pergi
Agar dapat dia ku bahagiakan
Ayah yang amat ku cinta..

Tinta kasih,
Sarah Anak Ayah
28/04/12
10.45 pm




Lukisan nih Sa buat untuk ayah. Tahu lukisan nih tak cantik+buruk+hodoh. Tapi nak buat jugak sebab waktu nih tangan sedang gatal maen water colour.^_^

Ku Lepaskan Harapan

Andai mampu aku luahkan
Apa yang menyelinap dihati kecilku
Akan ku tuturkan segalanya
Dengan sejelas yang diinginkan

Namun tak bisa aku lakukan
Hanya diam membisu
Kata terbiar kaku
Bersama hati yang beku
Maafkanlah
Bukan keinginanku mengabaikan kehadiranmu
Bukan niatku menanti yang lebih sempurna
Tetapi kerana aku hanyalah seorang gadis
Yang penuh kejahilan
Sukar untuk aku terus berharap
Kesalihanmu menjadi tempat bimbinganku
Agar dapat ku persiapkan diri
Untuk sama-sama ke JannahNya nanti
Tetapi segalanya hanya impian dan harapan
Mungkin kini aku harus terus sendiri
Dan menyedarkan diri
Kejahilanku tidak melayakkan diri
Akan ku lepaskan harapan itu
Dan ku kan terus membaiki diri untuk redha Ilahi
Kau ku doakan
Berbahagia bersama si dia yang tepat
Juga kesalihanmu terus bertambah bersama redhaNya

Hasil: Sarah
Tarikh: 10/04/11
* Dilarang copy tanpa kebenaran.

Kuatkan Hamba

Assalamualaikum pada semua.

Hihi. Sangat lama tak update blog kan? Sekarang dah mula sibuk dengan assignment. Sem nih hanya ambil 2 subjek. Alhamdulillah. Tapi memang wajib skor. Semalam Sa kena siapkan 10 design poster untuk tema Discover KL Discover KLMU. Alhamdulillah, siap. Sekarang hanya fokus untuk siapkan design laen plak.

Kat bawah nih hasil lukisan orang layan perasaan dan tahan mengantuk. Sangat buruk tapi Sa akan improve lagi dengan melukis menggunakan mata yang segar. Hahhahaa. Dah lama tak melukis pemandangan. Hanya minat melukis kartun sahaja selama nih.


Sekarang pun dah mula aktif tulis lirik lagi n jinak-jinak buat melodi. So, banyak benda boleh buat bila bosan atau stress. Huhuhu. Menulis pun sekarang dah kurang untuk novel. Ntah bila boleh siap, kan? Hehehehee. Malam nih, masa dihabiskan dengan maen gitar dan try belajar ilmu baru.


Kat sini amat terasa diri nih perlukan santapan rohani. Hati terasa kosong dah lama tak diisi. Banyak sangat ujian. Harap diri nih kuat selalu. Tambahan lagi, ALLAH memang letakkan Sa ditempat yang tinggi untuk di uji bagi Sa. Haahahaa. Apa pun, Sa akan jaga diri dan hajat doa dikuatkan.
Tetibe terasa rindu pula pada KTD. MOga terus istiqamah^_^

Update 2012

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.. Syukur, dapat juga Sa update blog nih setelah sekian lama sepi. Post pertama untuk 2012. Hehehe. Tahun nih genap usia Sa 22 tahun. Fuh! Macam tak percaya je, ta[i itulah hakikatnya. hahhaha. Tanggal 2 Feb lepas, genap sudah usia Sa.. Hehehe.

Sepanjang cuti nih, macam2 Sa buat. Kraf tangan, menjahit baju, jahit manik, buat kek, buat ais krim.. Sa pon jadi penternak ikan keli tau! Hahhahaa. Pada masa yang sama, Sa sibuk menulis puisi dan lirik. Di samping tuh juga, Sa sedang usahakan untuk siapkan novel. Tapi Ntah bila boleh siap. Hahaha.

Ha, banyak2 lirik Sa buat, baru jek 1 yang sudah jd lagu. Itu pun baru je akustik. Gitar je. Hehehe. Tak pe, slow2. Ewah! Hihihi. 3 Mac lepas, kenduri Along Abu di Kerteh. Seorang lagi Abg sepupu Sa sudah beristeri. Alhamdulillah. Seronok sebab isteri dia sangat baik dan lemah lembut. Kak Safiyah namanya. Cantikan nama dia?^_^


Sepanjang cuti nih juga, macam2 ALLAH uji Sa.. Dari segi kesihatan, emosi. mental, dan rohani. Sakit semakin menjadi. Lepas abid diploma bulan 11 lepas, Sa dapat radang paru2. Selama 4 bulan sakit sangat rasa jiwa terseksa dengan iman yang sangat lemah. Dalam sakit tuh, doktor cakap usus Sa bengkak dan berdarah. Sangat teruji.

Kehidupan mula dirasakan berbeza. Lama Sa menjadi pemarah, beremosi. Tapi alhamdulillah, dengan melakukan banyak kerja yang Sa suka, Sa semakin bersemangat. Rindu nak belajar membuak2. Hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu. Setiap hari merungut nak belajar. Alhamdulillah.. Berkat bersabar dan tidak putus berdoa, Sa sekarang menghitung waktu untuk masuk ke KLMU. Ambil B.A. (Hons) in Multimedia. Tanggal 31 Mac ni Sa masuk daftar. Syukur sangat.

Hajat doa dari semua ya. Moga ALLAH tetapkan iman di hati Sa.. Kuatkan langkah Sa. Apa yang Sa kongsikan nih bukanlah untuk menunjuk2 atau menagih simpati, tetapi lihatkan, betapa ALLAh sayangkan hambaNya. Dia Maha Adil. Yakin sahaja dengan segala ujian dan kurnia yang di beri.


Cukup di sini. Jika ada masa, Sa update lagi dan Sa akan kemas kini blog nih. Sayang pula lama tak cantikkan blog. Moga ALLAh permudah segalanya dan ALLAH berkati kalian^_^
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com