Hanya Lepaskan 1 Rasa..

Salam..
Sebenarnya Sa pun tak tahu apa yang nak dikongsikan.. Mungkin jari hanya gatal nak menari di keyboard usang nih.. Terasa hambar.. Terasa suram. Mungkin sebab Sa jauh dari Nya.. Mungkin. Jiwa berlagu sepi.. Hati seakan terkaku mati. Huh! Mengeluh? Mungkin.

Segalanya terasa berat.. Hati dan perasaan. Rasa ini anugerah. Harus bersyukur.. Tapi kekadang rasa ini membuatkan diri nih tidak menentu. Ah! Lepaskan segalanyaa.. Jangan pernah salahkan rasa kerana itu semua bukan dosa. Biarkan asa itu melintas di lintasan masa.. Dan serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa..


Kiranya tiada Cinta insan untukku..
Cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidupku.
Moga kelak akan ada cinta untukku
daripada insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintaku terhadapNya..

Mendalam sangat ke cinta aku pada DIA??? Huh! Waktu nihlah tetiba teringat akan satu doa.. Doa Nabi Daud a.s..

" Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang2 yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu..
Ya ALLAH, jadikanlah cintaMu lebih ku cintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin"


Maaf saudaraku. Kamu memang ikhwan pujaanku.. Aku masih disini tetapi bukan untukmu. Tetapi untuk yang menciptakanmu.. Cukup ALLAH bagiku. Selamat Tinggal wahai saudaraku yang diam-diam pernah aku cintai..

Maaf.. Mungkin post ini agak entah apa2.. Tak suka baca, abaikan.. Hanya melepaskan satu rasa.. Menulis cinta dalam kata kot..:P Moga ALLAH berkati kalian.. Hajat doa kekuatan buat diri ini^_^

Hampir Terlupa:P

Salam.. Hehehhee. Hampir terlupa buku nih nak hadiahkan buat adik2 Raudhah.. Mc terlalu lama hingga terlupa. Moga tak terlupa untuk beri sebelum balik final..


Macam lama jek tak bercerita untuk adik2 Raudhah..
Rindunya..

Jom Heboh Kelantan 2011

Salam ukhuwah dan salam ceria buat semua.
Alhamdulillah.. Masih mampu bernafas lagi.. Syukur padaMu, Ya ALLAH..^_^

Semalam, 28/10/11.. Sa berkesempatan ke Jom Heboh bersama2 Izzah. Niat pergi hanya untuk bawa hati yang sedikit lara.. Ewahh.. Huhu. Kebetulan nak jumpa Abg Muadz. Pergi ke KB dengan bas City Liner n sampai KB, jln kaki ke stadium.

Suasana agak sesak dan membuatkan diri nih merasa bosan. Huhu. Jalan tak tahu arah. Sedang asyik berjalan, tiba2 bertembung dengan Abg Hafizuddin, lg selesa kami adik2 komuniti panggelnya Abg Fizi, dari kumpulan nasyid Suffian bersama Kak Yah, isterinya.. Kak Yah hampir terlupa akan diri nih.. Sedih..=.= Alhamdulillah si suami mengingatkan.. "Alaa.. Sarah Inteam" Terus tangan Sa di tarik mesra.. Fuhh.. Ingat da tak ingat td. Kalo x, malu jek.. Hahahaha.:P


Abg Fizi mengingatkan untuk kaki nih melangkah ke Booth al-Kuliyyah. UNIC akan buat show pada pukul 6 petang. Sa hanya mengiyakan sebab tak mampu untuk berjanji. Borak2 sekejap, terus berpisah bawa hala tuju masing2. Sa dan Izzah berpusing2 cari arah. Hahahaa.. Agak kelakar. Alih2 buat keputusan untuk ke Booth Al-Kuliyyah sebab kelibat Abg Muadz pon tak kelihatan. Hahahaha.


Sampai di sana, rancangan al-Kuliyyah masih bersiaran tapi sudah di penghujung rancangan. Berjumpa lagi dengan pasangan suami isteri tadi. Dari tepi, Kak Yah panggil. Kebetulan Abg Fizi sdg sembang dgn Bro Bazli UNIC. Berapa minit kemudian, siaran al-Kuliyyah berakhir dan Bro Bazli ajak kami masuk ke dalam untuk show.

Pada masa yang sama, ramai pengunjung ambil kesempatan untuk bersalam, beramah mesra dan bergambar dengan ustaz2 jemputan. UNIC memulakan show suasana agak reda dari kesibukan. Show UNIC kali nih diserikan dengan kehadiran Bro Taqi NICE yg menggantikan tempat Bro Fakhrul Radhi yg tak dapat bersama. Ewahh.. "diserikan".. Hahaha:P

Sedang asyik merakam, Abg Qayyum datang! Huhuhu. Tapi datang sorg2 tak bawa Kak Wani. Rupanya pagi tuh dah datang dgn Kak Wani. Xpelah. Tak ada rezeki jumpa Kak Wani. Hampir habis UNIC buat show, barulah Bro Fakhrul Radhi sampai. Sempat promote Album Taranumnya..

Agak lama di sana, Abg Fizi n Kak Yah dah nak balik. Abg Qayyum cakap, Abg Fizi kne urus masjid. Wahh.. jaga masjid. Banyak pahala.^_^ Tak lama tuh, Abg Qayyum pula nak balik. Berpisahlah kami. Bawalah hala tuju lain. Hajat nak balik, tapi terlintas di fikiran, Abg Muadz.. Hahahahaa.:P


Akhirnya, berjumpa juga. Jumpa di Booth kerajaan Kelantan. Kebetulan dia sedang sibuk melayan pengunjung dengan kuiz2 yang diberikan. Selesai program, barulah ke belakang untuk jumpa. Rancak berborak. Sa macam biasa, tanya pasal Mia lah... Hehehee. Mia tak dibawa sama. Kak Ci pun. Pe pon, tahniah, Abg Muadz atas kehadiran Baby Ammar. Blom berkesempatan jumpa Baby Ammar. Insya Allah, akan datang Sarah ke sana..:D

Dah puas berborak, ambil keputusan untuk beredar dan solat di Surau Parkson. Alhamdulillah.. Selesai membeli di Giant, terus balik. Moga ALLAH berkati mereka semua..



Sempat lagi bergambar:D

Promote album..

10 hari MC..

Salam buat semua..
Sangat2 lama rasanya Sa tak berceloteh di sini. Maaf pada yang menanti. Sangat banyak halangan dan dugaan yang ALLAH hadiahkan buat Sa kebelakangan nih.

Semalam, Sa baru je sampai dari Terengganu. 10 hari cuti sakit. Chickenpox atau orang melayu cakap, jintungan. Sangat2 rasa di uji. Kebetulan seminggu sebelum tuh, Sa demam teruk selama seminggu. Sebelum demam pula, ALLAH uji dengan kesihatan jantung yang agak tidak stabil. Dalam sebulan, Sa di uji dengan nikmat sakit. Amat2 terasa ujian dariNya itu.

Dengan cuti sakit yang agak lama tuh, Sa banyak sangat ketinggalan. Dari segi pelajaran, final project, presentation dan yang paling sedih, MUET. Sa terpaksa lepaskan MUET. MUET terburn mcm tuh jek. Sa tak boleh hadir exam MUET atas faktor kesihatan yang mmg tak boleh dielakkan.

Sepanjang sakit, terasa sangat diri nih di kuarantinkan. Ujian2. Tp, syukur.. Cuti sakit nih juga membuahkan kebahagiaan dalam diri Sa. Sebab dapat bersama Si Tecit setiap masa. Walaupun tak dapat jaga, maen byk2 tp Si Tecit sentiasa di depan mata. Maklumlah, dah berpindah ke rumah Sa sekarang.


Si Tecit, Nur Arissa Humaira.. Dah pandai bergelak ketawa sekarang. Sangat murah dengan senyuman. Moga terus kekal ya, Sayang..:D Sepanjang cuti, diri nih setiap hari risaukan pelajaran. Final dah dekat. Sangat risau.


Apa pun, syukur. Dah kembali sembuh. Dapat main basikal semula. Huhuhuhu. Rumah arwah Tok sekarang, Adik Efah n Adik Nurul yang jaga. Kebetulan diaorang dah nak STPM. Senang untuk belajar n ada jugak orang jaga rumah tuh. Insya Allah, lepas diaorg STPM, Abg Amid ngan Kak Diah n Si Tecit akan duk rumah tuh bersama diaorang.

24 Oktober lepas, Sa dapat adik sepupu baru. Hehehe. Baby boy. Anak Cik De Ros. Alhamdulillah.. Cik De selamat melahirkan n baby sihat.. Dalam cuti nih juga, ada sesuatu yang tak sangka berlaku dalam keluarga besar Sa. Tak perlu di hebohkan di sini. Apa pun, moga ALLAh pelihara n berkati keluarga Sa..


Syukur sangat dah kembali sihat.. Tadi, dah selesai uruskan yuran pengajian dan slip exam. Tunggu untuk exam pula sekarang. Moga ALLAH berkati n permudahkan segalanya...^_^

Siapa Berkesempatan

Salam buat semua.. 
Bagi sesiapa yang berkesempatan, join lah program nih. Meriahkan bersama. Dj Firdaus sebagai moderator dengan tajuk "MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI"




Mohon CintaNya


Moga hati kita dipelihara dan di cinta ALLAH sentiasa...

~ Terima kasih, Kak Pemimpin Cahaya Tertinggi^_^

Moga Bahagia + Tenang Di Sana

Salam kasih buat semua..

Agak lama tak update blog. Nenek Sa baru jek pergi tinggalkan dunia 27 September lepas. Sebelum nih Sa lama bercuti di rumah. Jaga nenek di hospital. 5 hari menjaga. Rasa sangat yang ALLAH Maha Mulia.. ALLAH beri kekuatan buat nenek Sa untuk bertahan.

Jumaat lepas baru jek balik lagi dari kampung. Uruskan pengebumian dan tahlil. Rasa sangat kehilangan tapi perlu pasrah n redha.. Buat masa nih, Sa masih belum mampu untyk bercerita panjang. Insya Allah, Sa akan update kemudian. Moga ALLAH berkati nenek Sa di sana. Moga Tok bahagia n tenang di sana..
 

SALING BERPESAN

EMPUNYA BLOG

EMPUNYA BLOG

UKHUWAH KERANA-NYA..

UKHUWAH KERANA-NYA..

Adward dari Pereka cerita

Followers

KOMUNITI TEMAN INTEAM

FAMILI UNIC

NASYID FM

HALUAN SISWA

Syoknyer Blogging

BlogMalaysia.com